Sunday, August 21, 2016

Adam Nuqman dan basikal baru

Semalam belikan basikal untuk Adam Nuqman di Kajang, Area rumah bujang Abah dia dulu di Saujana Impian.. Sengaja belikan besar sikit supaya tahan lama. Adam ni belum pandai naik basikal. Yelah, duk flat takde sapa nak ajarkan dia. Hari cuti Abah dia selalu sibuk hal lain, Dah sakit ni lagilah tak boleh nak ngajar,

Ikut hatikan aku taknak belikan basikal sebab takut Adam tak main pun. Kalau main pun sekejap aje, Dah faham betul peel anak bujang aku nih. Panas dia sementara sahaja, Dah bosan nanti dia langsung tak nak main dah, Haih~

Dulu masa Adam 3 tahun kalau t ak silap, Abah dia ada belikan dia basikal . Warna hijau. Dua-tiga kali je main pastu tersadai rumah rumah sampai rosak tayar dia. Rugi jer~Itu yang buat aku berat hati nak beli tapi disebabkan Adam dah mintak untuk hadiah dia dapat nom 5 peperiksaan pertengahan hari tu terpaksalah aku belikan.

Harga aku beli RM450 + RM30( roda kecil) sebab Adam tak pandai naik basikal lagi. Bagi dia berlatih dulu. Pagi-pagi lagi tadi dia dah bangun nak main basikal. Aku benarkan dari dia main Tab dia kan. Tengoklah sampai bila dia boleh bertahan. Huhu. Nanti kalau taknak main dah aku jual kat Mudah jer,

Mama ada kol arini. Citer Angah kol nak pinjam RM500 nak pindah rumah, Serius. Aku memang kesian ngan adik perempuan aku sorang nih, Bila ingat time bujang dialah yang paling rapat dengan aku, Paling selalu dengan aku. Bila dia susah macam ni memang aku sedih sebab tak boleh tolong. :(
Angah kawen suka sama suka, Suami dia adalah pilihan dia sendri walaupun pada mulanya mama dan arwah papa tak bersetuju. Tapi , Angah kata dia bahagia, Aku tak paham camne dia boleh hidup dengan hutang keliling pinggang, Padahal , masa bujang dulu Angah selalu support aku dan Fizi bila kami takde duit. Sedih sangat bila pikir pasal Angah.




No comments:

Post a Comment