Thursday, July 7, 2016

Raya 2016


Raya tahun ni biasa-biasa jek. Yang lebihnya untuk Adam ngan Ainna jek. Mak pak nyer tak beraya mana pung. Pagi raya, aku bawak Adam dan Ainna beraya rumah Mama. Abang tinggal kat rumah. Dia kata tak sihat. Biaq pi lah nak duk rumah pun,

Pas beraya rumah Mama, pi rumah nenek pulak, Mak sedara yang ada pun cuma Cik De ngan Maksu Da sekeluarga. Yang lain beraya kat kampung masing-masing .

Tema tahun ni Biru Teal. Kain baju Ainna tu lagi mahal dari baju aku, Kain aku tuh RM50 jek sepasang, Ainna pun RM80 lebih per meter. Maklumlah beli kat Jakel. Kain baju melayu Adam pun beli kat Jakel gak. Biarlah anak-anak je yang lebih, Aku pun takde hati sangat nak beraya sejak umur meningkat nih,

Baju Ainna tu Mak wan dia yang jahit, Baju aku ngan Adam antar tailor dekat ngan tuisyen,. Dia buat seluar baju melayu Adam kecik kat kaki, Pesen baru ke? Entahlah~ Janji ado baju raya. Seb baik aku ni bukan jenis cerewet. Kalau Mak Wan dia mesti banyak komplen,

After Raya rumah Nenek, ingatkan nak lepas sampai petang, Tetiba Abang kol kata Mak datang dari kampung, Adusss...plan tuh dia kol suara dah semput-semput terus aku balik. Dia semput sebab kemas rumah, Huhu.

Seb baik takde apa-apa.

Mak datang ngan Ucu and Kak yah sekeluarga. Siap bawak rendang daging, rendang ayam, nasi impit ngan lemang sket, Adalah jugak nak makan. Harapkan rumah aku memang tak sedia apa-apa untuk raya ni. Kepala pening pikir bajet nak tukar tayar lak,







Nampak muka aku pucat kan? Haah..aku tak mekap langsung,. Malaihh! Jumpa sedara je punnn..

No comments:

Post a Comment