Sunday, July 10, 2016

Langit Tak Selalu Cerah - Part 2


Besoknya pagi-pagi lagi aku ke HUKM lawat Abang. Nak jumpa doctor sekali untuk diskus tentang rawatan dan bayaran. Yang leceh pasal spital ni satu jek...doctor dia selalu bertukar-tukar. Sorang doctor cakap lain, sorang lagi cakap yang lain. Pening jugak kekadang tuh.

Pas jumpa doctor jap, aku balik rumah semula, Nurse pun tak bagi aku tunggu. Lebih baik aku balik rumah sebab rumah pun tunggang langgang sejak semalam. Pas dah kemas rumah dan uruskan  apa yang patut..teringat pulak kat anak-anak. Aku terpikir malam ni takkan nak tidur sengsorang.

Aku pun kemas pakaian sikit2 nak tido rumah Mama malam ni. Di sana sempat jugak aku bayarkan zakat fitrah mewakili Abang. First time dalam sejarah hidup aku. Pastu, beli tepon baru, Yang murah-murah aje, Pinjam duit Alif. Takut emergency Abang susah nak kol so handphone sangat  penting,Tak boleh harapkan  henpon lama yang sudah rosak tuh,

Pastu, mama suruh aku pergi jumpa sendiri Maksu Ma untuk bincang tentang pinjaman untuk operation Abang tuh. Alhamdullilah~ berjalan lancar walaupun aku serba salah sebab Maksu cakap dia kena keluarkan duit tabung haji.

Besok paginya...sepatutnya aku kena bekerja lagi, Diskus ngan Intan, seb baik dia suh aku amik CL jek. Kesian kan anak-anak nak ikut aku balik.. Kol kak dayang takut dia dah cuti raya. Alhamdullilah, Kak Dayang masih ada dan boleh jagakan Adam dan Ainna bila kau pergi kerja .

Walaupun, Allah duga aku tetapi Dia tak biarkan aku sorang-sorang. Dia sentiasa bantu aku dan mudahkan segala urusan aku semasa Abang di hospital. Syukur Ya Allah~


Sehari sebelum raya, Abang dah boleh kuar hospital tetapi perlu bergantung pada ubat cair darah, Operation Angiogram dia ditangguhkan ke hujung bulan. Dapat MC 45hari.


No comments:

Post a Comment