Monday, July 4, 2016

Langit tak selalu cerah - Part 1


Hidup aku boleh dikatakan ada pasang dan surutnya.
Jangan sangka hidup kita akan sentiasa maintain macam biasa. Sekali sekala pasti ada dugaan yang Allah bagi sebagai peringatan.


01/07/2016
Bagi aku,  inilah dugaan yang paling hebat untuk tahun ini. Bila mana Abang tetiba sesak nafas dan dibawa ke hospital dengan ambulan. Yang paling terkilan, sebelum itu Abang dah kol aku dari pagi tapi...henpon aku takde bateri dan memang beberapa hari sebelumnya henpon aku dah buat hal. Henpon jadi cepat panas dan bila charge kena off. So, kebetulan hari tu aku off henpon untuk charge the battery and num opis pun aku tak on. Terkilan beb~ . Huhu

Tahu pun bila aku dah sampai rumah and terserempak dengan Pakcik Tua ( Jiran kami) . Dia yang bitaw Abang ada kat hospital kerana sesak nafas, Aku naik rumah jap. Kol Abang pakai tepon rumah je. Sebab tepon aku lak takde kredit, Suara dia memang bunyi lemah and masa tu aku macam blur and tak tahu nak cakap apa, nak rasa apa..semua tetiba kan? Update Geng sentap dul. Huhu.

Pas dah cakap...amik bebudak kat rumah Kak Dayang. On de way tuh, aku mangis dalam kereta lagi. Dah amik budak, baru kol mama bitaw . Masa kol aku susah nak cakap sebab nangis. Mama dahlah susah nak dengar. Ada sekali tuh , mama kata "langgar bas" walhal aku cakap "sesak nafas". Haihh..Sabo jerlah~

Pastu, biasalah mama panik. Dengar aku nangis2 macam tuh dia pass tepon ke Alif. Haha! Baru aku tahu mana aku dapat peel cepat panik nih. Huhu. Alif tanya nak suh dia buat apa? Aku nak orang temankan aku ke Hospital je sebab aku tak tahu jalan nak drive ke sana and lagipun kena ada orang jagakan Adam ngan Ainna sementara aku tengok Abang. Last2, mama nak ikut sekali,.Lagi bagus. Tapi kesianlah kat diaorang sebab masa aku kol memang nak dekat waktu berbuka puasa. Alif kata dia berbuka dalam kereta aje. Dengan air yang bersebut. Huhu.

Firdaus pun datang jugak dengan motor. Sambil tunggu derang sampai , aku bawak Adam pi klinik jap. Masa amik , dua-dua mata dia bengkak.. Aku suspect allergic. Sampai klinik, doc pulak takde. Tunggu dalam 20 minit gak. Doc kata komfem allergic tapi disebabkan apa kena lah cari. Sama ada di sebabkan makanan ataupun benda yang dia sentuh.

Dah jumpa doc tuh, kebetulan Firdaus dan mama pun sampai, Aku suh Firdaus antar aku ke hospital and mama bawak balik budak-budak ke Gombak. Masa ni, nampak macam keluarga aku semua tak tahu apa yang patut dibuat. Mama yang banyak tanya aku apa yang nak dibuat seterusnya walhal situasi ini juga pertama kali untuk aku, , Nasib gak, Allah permudahkan semua urusan, Apa yang aku nak, dapat dilakukan tanpa banyak halangan. Dalam panik tuh, aku bole berfikir lagi.  Alhamdullilah, otak aku tak blank. ~

Pastu, Firdaus anto ke hospital. Plan nak duk dalam spital, Masa ni sebenarnya aku dah keletihan sangat. Tapi, kuatkan juga kederat. Tak penah masuk Hukm, berjalan sendrik cari bilik Abang. Allah permudahkan lagi. Jumpa misi yang baik hati tolong carikan bilik Abang sebab Abang cuma tahu dia kat tingkat 6 tapi tak tahu wad berapa..Memang aku main redah jer kat HUKM tuh.




Dah jumpa wad, tengok abang terbaring . Penuh wayar dan bernafas melalui oksigen. Tak banyak bercakap sebab dia sedang semput. Abang citer, yang saluran darah dia tersumbat . Masa di datang pagi tuh, doc nak terus buat operation tapi sebab Abang kata takde duit maka operation dibatalkan,

Masa ni, nampak Abang bergantung seoenuhnya kat aku tentang masalah finance untuk buat operation. Doc kata kos adalah sebanyak RM20K. Abang memang takde satu sen pun sebab dia takde simpanan, takde insuran sendiri or insurans kompeni, Aku stress jugak bila Abang asyik tanya aku jek. Tapi, sebagai isteri aku sabar dan berharap dia dapat pengajaran dari semua ini. So, aku cuba cool and rileks jer sebab abang dah nampak cam give up.

Malam tuh, aku balik ke rumah semula . Mintak tolong pakcik tua amikkan sebab teksi dah takde, Dah dekat tengah malam. Rupanya, di CCU pelawat tidak dibenarkan masuk .
Sampai rumah, tak leh nak tido. bukan tenet,,,search pasal Angiogran and Angioplasty. Ini  lah operation yang Abang kena buat dan kos adalah sebnyak RM20K. Dalam, gugel-gugel tuh jumpa orang share pasal EPF, Rupanya kita boleh boleh buat engeluaran dari EPF untuk rawatan di hospital. Sebelum ni, aku pun buntu sebab Geng sentap kata , panel kompeni cuma cover RM25k per incident. Buntu, tak tahu nak buat operation di HUKM or transfer ke Hosptital Pantai Cheras.

Kalau di HUKM kena bayar duit sendrik dulu. dan kalau dia Hospital Pantai, aku takut kos melebihi dari limit insurans..




No comments:

Post a Comment