Wednesday, June 29, 2016

Ramadhon we olls 2016


Lamanya tak hupdate blog. Nak setting blog pun dah lupa macam mana. Padahal dulu terer. Kahkahkah.! *lawak hambar*

Hari ni buat kali ke 23568 juta kalinya aku demotivated keje kat opis nih. Aku ni senior kat situ. Tapi kekadang rasa cam baghal sangat lah! Apesal ntah! Akpk Team ada KCSA finding. Nama aku lagi yang naik. Semak tul pale otak aku. Process yang kena adalah Notification Letter . Miss Intan kata aku tak check tagging. Aku lagi??? Aku rasa mesti Boss dah under estimated aku skrang sebab nama banyak kali naik. Padahal aku senior beb! Repo gua dah tercalar beb!Huwaaa....

Yang baghalnyer...process tagging kat team PAU which is after we sen Proposal and end up kita pulak yang nak kena recon. Tidak kah menampakkkan tak logik kat situ. Team lain yang buat keje , apasal kita pulak baik hati kena recon untuk diaorang?? Memang aku rasa fedaplah. Dah sah-sah Intan kata process tu tak cover dalam DOI and dlm checklist pun takde mention kena check tagging and then bila ada finding , AKU GAK YANG SALAH!!

Dahlah semer process aku yang kena bekap! Susah aku nak maintain tau! Besok Boss masuk opis. Aku nak tengok macam mana  Miss Intan ni nak bekap aku. Kalau komfem nama aku kena, memang aku nak slow talk lah ngan boss. Aku dah takleh cope lah macam nih.

Ok...habis maghah! Tukar citer lain pulak! Ramadhon nak dekat habis dah, tapi satu citer pun aku tak share lagi kat blog nih.

Macam tahun lepas jugak, bulan pose ni time keje dari 8am -5pm. Aku drive sendrik ke tempat keje. Ini pun plan nak suh Abah anto jek naik moto. Sebab masa balik tadi, KRT punya geng dah setting nak buat auto gate pulak!! Aduihh..dah lah nak kena byr parking opis, parking rumah pun nak kena bayar. Pening pale betul. Tetiba aku rasa gaji aku dah tak cukup sekarang nih. Patutlah bayar hutang credit card tak habis-habis kan?

So, dengan kepantasan berfikir aku ni, aku decide dah takmo drive . Kurang2 leh jimat RM200-250 setiap bulan. Eh, aku dok merapu pasal opis lagi ker? Haihhh.

*Pang* tanpo diri sendrik jap. Ok, sambung pasal Ramadhon.

Since Ramadhon nih, Abah nye yang banyak sediakan juadah berbuka pose. Aku take over masa aku cuti aje. Maknaya Sabtu or Ahad je. Weekday, Abah dia lah yang cover. Kekadang kalau malas sangat. Dia beli je kat Bazar. Apa dia beli, itu lah yang aku makan. Tak banyak songehhhhh.

Adam? Memula je dia pose penuh. Itupun masa cuti sekolah 2 minggu tuh. Sekolah bukak je, dah tak larat nak pose. Kekadang separuh hari, kekadang langsung tak pose. Aku tak strict sangat bab pose Adam Bagi dia can tahun nie. Dia pun baru nak belajo puasa kan...

Sahur pun memula jelah. 2-3 hari je tahan. Pastu Abah dia kata ngantuk. Aku pun malaslah nak bangun sesorang. Bangun untuk minum air je pastu tido balik. Hohoho.

Terawih? Haram tak pergi. Memang ada niat nak join. Tapi, Abah dia kata Imam kat surau bawah ni selalu takde. Dahtu acaner? Maghrib je kat rumah . Ngaji sikit-sikit. Hohoho.

Macam tuhlah tahun ni. Semer biasa-biasa jek.
Tengah tggu peyed nih..Bila lah nak mai?


No comments:

Post a Comment