Monday, February 15, 2016

Busy year for Adam Nuqman

What? Ini adalah post pertama untuk tahun 2016! Giler lambat kot..Hahaha.
Tahun 2016 ni Adam Nuqman dan 7 tahun. Dah jadi budak sekolah Tahun 1. Kami daftarkan dia kat Sekolah Kebangsaan Taman Puteri. Aku suka sekolah ni berbanding dengan SK Taman Cuepacs tuh. SK Tmn Puteri ni sekolah baru. Lokasi pun atas bukit jauh dari jalan raya. Cumanya sekolah ni takde padang sekolah, Tak tahulah waktu sukan dia buat di mana.

4 January 2016: Kemasukan Darjah Satu,


Aku dan Abah dia ambil cuti sehari untuk uruskan hal persekolahan Adam Nuqman. Nampak gaya aku kena bangun awal setiap pagi untuk uruskan hal anak seorang ni,



Adam dalam kelas. Lepas ujan diognasis Adam masuk kelas ke dua dari 2 kelas. Kelas 1 Adil. Sekelas dengan anak Kak Dayang, si Qistina, Risau mereka berdua banyak bermain dalam kelas nanti.



Har pertama dah eksyen macam ketua kelas. Tangan siap masuk kocek. Haiihhh...


Waktu rehat, nasi lemak tu seringgit jer. Botol air oren yang aku bekalkan dari rumah.


Bersama Ehsan, kawan dari Taska Abim lagi, Anak cikgu Abim Adam.

Lepas rehat, kena beratur semula kat Dataran sekolah .Lepas tuh baru masuk kelas.





Habis kelas pagi, bersambung dengan Sekolah Agama pulak. Tahun ni memang aku sibukkan Adam dengan belajar. No more tv, toys and Tab. Itu semua waktu cuti aje.


Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment