Sunday, December 13, 2015

Jalan-Jalan @ Big Bad Wolf, MIECC Mines


Hari tu haku ternampak promo pasal Bad Big Wolf ni kat news feed Facebook. Teringin pulak nak pergi. Selalunya tengok gambar je dekat Facebook. Masih tak berkesempatan nak ke sana.

Terus haku comment kat pages ni ajak Abi ( Jiran haku) dan anak-anak dia pergi sekali. Motif ajak sebab Abi tahu tempatnya. Nak harapkan Mr Dol? Erm...memang taklah. Nama je berbelas tahun tinggal KL tapi ajak mana-mana asyik tak tahu jalan. Lagipun, the more the merrier kan? Apalah salahnya bawak anak-anak dia sekali berjalan.


Amik gambar parking takut sesat! :) . Pasal dulu pernah sekali kami tak jumpa kereta masa tengok wayang di Putrajaya. Habis semua level kami tawaf. Penat weyhhh!
 

Masa ni dah nak keluar dah. Aku nak bayar baru teringat nak amik gambar. Ramai kan? Time-time keja pun ramai jugak. Abi kata kalau datang weekend lagi ramai. Buku-buku dia memang murah tahap gaban punya. Satu novel harga RM8.00 or RM10.00 aje. Itupun novel yang tak terkenal. Kalau yang Best Seller maybe up skit harga dia. Tapi aku pilih novel yang terkena dengan jiwa aje. Pastu cover dia cun! Haha..Sebab baru pestime nak berjinak baca novel english. Selalu novel melayu. Dah bosan pulak! 

  Yang ni masa dah keluar. Hamik gambar tetiba Ahmoi lalu. Aduihh..Tak stim dah aku nak snap lagi. Nampak tak baju yang Ainna pakai tu. Tu baju Mak Wan dia jahit. Labuhlah pulak. Kesian Ainna berjalan samabil pegang kain. Tak selesa haku menengoknye. 



 Area ni banyak siot orang jual poster yang cantek-cantek. Aku rasa nak beli tapi bila pikir takde tempat nak letak dan rumah haku belum ada tema lagi so, biarlah dulu yer..For first time ni, kita explorer je dulu. So that.. orang tak nampak lah kayu sangat kan...Hakhakhak!


Last pic, amik selpie ngan Ainna sambil tunggu Abi dan anak-anak dia keluar. Adam takdak masa ni sebab aku tinggalkan dia duk kat rumah TokWan dia. Lepas shopping buku, kami makan malas kat Nik Sada Seafood dekat area rumah jer. Amik area yang bersila tuh. Selesa betul kalau bawak bebudak. Bole bersila, baring bagai. Makan malam kami ditaja oleh Mr Dol! :) Alhamdullilah.




Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment