Sunday, December 27, 2015

Dapur Terbakar


Semalam kelas takde. Kak Izan kurangkan sebab murid tak datang. Jadi, aku rajinkan diri dok sambung keje mengemas and nak tukar bilik Adam dari belakang ke tengah. Bilik belakang tuh dijadikan bilik pakaian,

Semalam, aku lah dok hangkut almari baju Ainna ke bilik belakang, alih katil, kemas tuh kemas ni. Dahtu sakit tapak kaki. Uhuk uhuk! Baru nak rehat, Adam ngadu lapo pulak. Terpaksa lah ku goreng ayam yang memang dah kuarkan pagi-pagi lagi. Dah siap masak, terus angkat masuk pinggan  bawak ke depan. Rupanya ku lupa tutup dapur gas!!

Hati tu memang dah rasa macam ada tak kena tapi sebab dah terlampau sakit tapak kaki aku abaikan je. Pastu, masuk dapur nak amik pinggan Ainna baru pasan api dah naik atas kuali. Aku macam panik lak ! Dah terpikir nak jirus air tapi takut api makin besar pulak. Alahaiii..ceat api tu membesar. Aku dok pikir nak panggil Abi kat tingkat satu maca tak sempat so, seb baik Amad jiran depan rumah ada. Cepat-cepat aku panggil. Aku dah cuak giler dah!

Ada sekali tu, Amad cakap  "Api dah besar ni kak!" Aduih..lagi aku panik! Pastu, Amad mintak kain . Aku sambo je tuala Mr Dolah kat pintu. Basahkan ngan air. Pastu Amad tutup dengan kain basah tuh. Akhirnya padam jugak api tu.

Berasap jugak lah rumah aku. Gelap sebab bahagian siling dah penuh jelaga hitam. Lampu siling pun pecah. Panik siott..Sekejap je jadi besar.




macam mana ntah nak rotate gamba nih? Haihh
Masuk yang ni dah kali ketiga kot aku bakarkan dapur gas ni. 2 kali kat rumah ni. Sekali masa belum kawen.Kat rumah Mama.  Angah yang tolong padamkan api.

Oh, lupa nak citer. Mr Dolah? Lepas padamkan api terus kol dia lah. Cakap dapur terbakar, bla,bla panggil Amad, bla, bla..cakap dalam telepon senang sikit tak nampak beliau marah kan? Hehe. Pastu, dia balik awal lak. Aku dok buat buat tidur takut kena bebel. Hehe. Mr Dolah dok bersihkan kesan bakar and siap cat balik. Baik nyer laki aku kan? Aku rasa dia tak marah sebab dia tengok bilik semua dah berkemas dah. Takyah tunggu dia buat aku dah buat sendrik. So, maybe dia paham nape aku leh lupa padam api lepas masak.

La ni bila pikir sorang-sorang takut jugak berulang lagi. Alang-alang dapur gas pun dah jahanam aku ingat nak pakai induction cooker pulak. Pakai elektrik. Aku gugel harga taklah mahal sangat tapi ada satu penunu je lah..Bolelah try satu dulu. Aku rasa im done with dapur gas!!


Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment