Saturday, December 26, 2015

Cuti-Cuti Malaysia : Blue Lopo Resort and Camp, Pangsun

Salam Maulidur Rasul.

Bulan ni dapat cuti cantek punya. Cuti Maulud Nabi dan Krismas. Kebetulan juga bulan ni aku dapat Loyalti Award RM1K credited to my account. So, kebetulan ada 2 hari cuti dan ada bajet jadi apa kata kita plan sumthing kan?

Memula, puas jugak aku gugel tempat-tempat best nak pergi tapi banyak dah penuh. Asal nak gie Kid Zania and nak bermalam kat The Royal Bintang, The Curve tapi dah fully booked. Huhu. Then, terpikir nak pergi camping di Blue Lopo, Pangsun. Dekat pun dekat kan? At first , Mr Dolah tak berapa nak. Ada ke dia kata boring..?!! Kena ajak geng baru meriah sket. So, kebetulan Abi dan anak-anak still ada so, kita invite them sekali. Harga bilik pun paling mahal aku survey RM80.00 so bolehlah ditaja satu bilik.

Pas balik keje,kiteorang shopping bahan-bahan nak camping kat Ramlee Burger and Econsave. Anggaran total lost dlm RM300 kot. Dalam pale otang aku duk kaching!kaching! Haha

Pung pang pung Pang...on 24 Disember 2015, kiteorang bertolak ke Blue Lopo dalam pukul 1.30 thari gitew. Dua bijik kereta and 2 buah motosikal. Mr Dolah ajak sekali Geng Kolam dia. Tempat tuh taklah jauh dari rumah. Dekat pukul 2.00 petang dah sampai. Hujan lak dah turun renyai-renyai.

Sampai-sampai je terus check in bilik. Part bilik ni tak berape best sangat! Aku suh Abi booking depan sungai tapi yang dapat jauh dari sungai. Sewa sebilik murah lah sikit RM50.00 je. Patutlah aku pelik bila booking macam ON. Sebab aku expect bilik komfem penuh time-time cuti sekolah ni. Rupa-rupanya dapat bilik jauh . Nak buat camno..dah sampai kan? Dah tu tak dapat lak bilik sebelah menyebelah. Geng lagi satu dapat bilik besar punya. Ada 3 katil queen size and sewa semalam RM100. Ermm..dah rasa kurang seronok di situ. Itupun sebenarnya tak cukup. Aku malas nak pikir..pandai2 lah korang cari tempat tidur. Aku dah kuar bajet besar dah nih.


Dah check in bilik, terus serbu kolam dia dult kat belakang. Takde orang. Ngam! Aku lak tak leh nak mandi. Leh puak semalam datang bulan. Haihh...nak mandi kolam kang tetiba merah jew..Haha







Ainna kire pestimer jugak mandi kolam nih. Berani jugak budak ni. Kolam ni dalam.Tak sesuai ngan budak-budak. Adam pun berapa kali dah tertelan air kolam. Ada sekali tu, Aiina duk tepi kolam. Aku kat belakang dia. Ntah macam mana seronok gak terloncat-loncat terjatuh dalam kolam. Menjerit aku panggil Abi angkat dia. Dalam 2 saat kot Ainna terapung kat kolam. 

Lepas angkat dari kolam. Hah ko...berdarah pulak bawah ibu jari kaki dia. Macam kulit tersiat tapi tak pasti kena apa. Darah pulak takmo berhenti . Ubat apa pun tak bawa! Haihh..

Dahtu, Tok Mat( pekerja kat situ merangkap kawan Mr Dolah ngan Abi) amik dan apa ntah letak kat ibu jari Ainna. Ainna pulak satu hal, takmo berjalan. Kenalah Mr Dolah dukung dia sana sinun. Spoil !!



Malam buat aktiviti barbeqeu lak.! Ada ayam, sosej and paling best sekali Kentang Bakar. Mabeles wa cakap lu! Tapi aku makan sebijik sebab dah kenyang. Depa pi bakar last-last sekali. Huhu





Ni dalam bilik Dorm. Satu katil dia caj RM12.00. Bilik ni tak booking pun. Depa buat macam tempat sendrik lak.  Bole lah yang lelaki tidur bilik tuh.


Hari kedua- aku ingat nak mandi air terjun pagi tu tapi spoil mood sebab kolam pun penuh, air terjun pun penuh. Perut lapar. Pergi breakfast dulu kat kedai makan yang depan air terjun . Adam masa ni tengah mandi. Pastu, dia datang nak makan tauke tak bagi masuk.Sentap budak tuh! Aku pun naik bengang lah. Kesian dah lah lapar tapi tak boleh makan. Tapau nasi pun taknak makan.

Sudahnya, aku pun tak mandi gak! Hampeh!! Sian gak kat budak-budak bujang tuh. Derang mandi pun sekejap je. Banyak jugak yang tak berkenan kat sini. Port air terjun yang best cuma untuk penyewa bilik ja. Yang last minute cam kiteorang ni nampak gaya macam merempat jer lah. Masuk sana tak boleh masuk sini tak boleh. Rupa-rupanya owner bilik lain-lain. Bilik yang best tu owner dia lain. Haihhh~ Tak berapa puas hatilah untuk aku. Aku bagi 2 bintang jerlah. 

Dalam banyak-banyak gambar paling suka gambar ni. Cun kan? Walaupun nampak sungguh ketembanan aku di situ.



Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment