Tuesday, November 3, 2015

Boss Comel


Aku rasa nak jugaklah share kisah kelakar di pejabat. Kurang2 kalau aku berhenti nanti ada jugak kenangan manis nak diingat.

Hari ni pasal Kak Zam.Gelak nak nangis aku.

Aku, Che Yah, Kak Bedah dan Kak Zam baru balik dari lunch. Masa tu di tempat parking kereta. Sedang berjalan menuju ke lif tetiba tisu yang Kak Zam pegang terlepas dari tangan. Tak sempat aku nak menolong Kak Zam dah tertonggeng ambil tisunya.

Kak Bedah, " Amboi Kak Zam, anak dara kalau ambil barang jatuh bukan main sopan", Sambil Kak Bedah bertinggung gaya sopan mengambil barang.  Dua-dua belah kaki dirapatkan dan badan direndahkan supaya boleh mencapai tisu. 

"Ni dah jadi mak dara main tonggeng je", sambil mengajuk gaya Kak Zam tadi.
Aku dah Cheyah berdekah ketawa.

Kak Zam memang bos yang comel. 



Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment