Tuesday, November 3, 2015

Bahagia tanpa sedar

Pulang dari kerja, macam biasa Abah ( read: abang sayang) dah setia menunggu di atas motor. Seperti biasa aku akan memberi senyuman manis sebagai tanda terima kasih.
Kebiasanya akan ambil anak-anak dulu baru terus pulang ke rumah. Tapi hari ni menuju ke Pasar Malam Alam Jaya dahulu.

Yeppiee...

Kalau Abah dah bawa, bermakna ada rezeki lebih buat kami dan anak-anak. Aku cuma tapau Yong Tau Fu untuk makan malam. Entah kenapa, selera memang tidak terbuka sangat dengan makanan pasar malam. Dulu-dulu, sangat suka pulak! Faktor usia mungkin.

Jalan-jalan lagi, nampak kedai jual ayam dan daging. Abah bertanya, " Nak ayam ke?", Aku dah jemu makan ayam. Kebelakangan ni selera lebih ke daging pula. Aku bertanya harga daging sekila RM20.00. Risau Abah mungkin kurang bajet maka aku menggelengkan kepala. Perlahan ku katakan kita belih yang lebih penting sahaja.

Beralih pula ke gerai di hadapan. Abah ambil ikan kering pari.Lepas tu patah balik ke kedai daging dan membeli setengah kilo daging dan seekor ayam . Aku tersenyum gembira. Begitulah suamiku~jika ada rezeki lebih pasti dia akan penuhi segala yang aku pinta. Cuma aku saja yang selalu termakan godaan syaitan.

Selesai membeli dan belah di Pasar Malam aku bertanya berapa kerugian hari ni?

RM80.00 lebih!

Kesan GST. Baru beli sikit dah nak cecah RM100 jumlahnya. Huhu

#rintihanrakyatmarhaen
#akubahagia
#anakgembira




Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment