Monday, July 6, 2015

Persiapan Raya Tahun GST.

Aku ponteng keje arini. Kikikiki.
Nak break for normal rutin life. Minda letih kowt!

Takde keje aku bawak Ainna ke Giant Cheras. Aku suka lepak sana sebab orang tak ramai. Cari tshirt raya untuk Adam Nuqman. Aku beli saiz 14 tahun untuk Adam. Tshirt Adam kena berkolar. Kalau tak, tak elok sebab Adam badan besar.

Nak citer pagi tadi tengok MHI. Segmen tentang finance kot. Tak pasti sebab tengok separuh rancangan aje. Menarik jugak.

Dia kata takde dalam sunnah pasal Duit Raya. Malah kalau nak bersedeqah lebih baik bulan Ramadhan dan bukan bulan Syawal. Masyarakat kite dah terbiasa dengan amalan lama.

Bila pikir benar juga kan.?Kan lebih elok bagi duit raya bulan Ramadhan.

Kebetulan tahun ni aku memang niat taknak berbelanja macam tahun2 lepas. Dengan zaman GST lagi semua brg dah naik. Nak banje sakan pun rasa sayang duit.

Tahun ni takde kuih raya dan duit raya. Klu ada lebih aku bg sebelum raya.

Cuma beli baju untuk Adam 2 pasang kat Jusco. Itupun dekat RM 200.  Adam kena beli sebab baju semua dah kecik. Badan makin dipam pam. Haih...susah hati ibu tengok Dak Gemok ni haa..Masa k3cik susah nak makan...dah besar terlwbih makan pulak. Ainna pun skrg pemilih makanm Tadi aku risau dia tk makan...aku paksa dia juga!Hahh..elok pun makan.

Ainna ada banyak jubah yang mak wan dia jahitkan. Okeylah tuh. Aku ada juga sepasang jubah lagi mama belum jahit. Nak kena cari lacelah pulak~

Abah dia aku tk beli satu hape pun. Nasib baik adik dia yg duk Kanada belikan sepasang jean Levis and tshirt Levis. Jadilah tu untuk raya tahun ni.

No comments:

Post a Comment