Sunday, July 26, 2015

Nak pakai subang sangattt

Dua tiga hari lepas raya hari tu telinga Ainna berdarah di lubang subang tuh.
Mungkin sebab tertarik kot.

Kononnya eksyen nak bukak subang tu sendrik
Tapi bila Ainna makin kuat nangisnya aku jadi tak sampai hati.
Aku dok pulas-pulas subang dia.
Sebab dok pikir subang tuh macam skru.
Nak keluarkan kenalah pusing-pusing kan...

Tapi dia takmau jugakkk
Makin melalaklah minah tuh..

Pahtuh, abahnya ajaklah pi klinik.
Mata dah ngantuk nih.
Gagahkan jugak sebab anak dara sorang nih

Dahlah ramai orang klinik time ni
Dalam pukul 8.30 ke 9 mlm jugaklah~
Bagus rakyat melisia ni suka pi kinik waktu malam
Jadi tak banyaklah penipuan MC
Keh keh keh..

Dah sampai giliran masuklah jumpa doktor bertugas
Kena lak doktor lelaki
Aku tengok pun muka dia macam tengah dok pikir
"Macam mana aku mau bukak subang ni? Aku bukannya pakai subang",
Hahaha .

Tapi, disebabkan doktor ni memang baik and helfpul makanya dia bagi juga rawatan.
Masa memula pun dia dok pusing-pusing subang tuh macam aku jugakkk
Tapi......nasib baik ada pembantu dia yang pandai.
India lady kan...mesti dah biasa dengan subang nih...

Dia buat sekejap jer..dah tercabut!
Rupanya tarik gitu jer tapi dia kata subang tuh memang ketat
Sianlah anak dara aku nih
Patutlah selama ni macam tak selesa.
Memang ketat agaknya..
Huhuhuhuhuhuhu




Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment