Saturday, July 4, 2015

Iftar dan Intan.

Ni cerita semalam.

Di opis ada discussion pasal IFTAR. Majoriti dah bersetuju dengan Bangi Golf Resort . Dapatlah diskan setiap sorang bayar RM 25.00 aje. Yang separuh lagi amik dari staff fund.

Aku tak dapat join pasal setelah dikira tolak tambah dan bahagi. Nilainya tak berbaloi. Kalau bawak abah dan anak-anak dah kena kuarkan RM100.00 . Yang lain RM25.00 aje. Beza nau-nau. Campur dengan masa perjalanan ke sana lagi.Ermm....not worth. Abah cakap baik makan kat Cerana 1 famili. Lagi berbaloi-baloi. Kan~

Pastu adalah saja-saje tanya Intan. Dia nak amik cuti half day minggu depan. Aku inga dia nak pi soping raya. So, aku tanyalah! "Ko dah soping baju raya anak-anak ke?". Intan leh jawah "mana ada, anak-anak aku pakai baju biasa aje.."

Simpatinya aku dengar. Duit yang aku niat nak bagi kat Anak-anak yatim terus aku bagi kat Intan. Biarlah anak-anak aku takde baju raya tahun ni. Anak-anak aku pun rasanya dah cukup mewah dah~. Makan pakai segala cukup. Nak apa semua dapat. Tapi yang jilake nya SCB online naper ntah tak dapat OTP waktu nak register fund baru. Sakit jiwe betul. Aku bagi cash jerlah kot.

Abah hari ni rajin betul. Ingat sibuk siapkan juadah berpuasa rupanya sibuk sediakan air asam untuk aktiviti sahur dia besok. Ikut resepi yang mintak kat mama. Kalau sedap bolehlah niaga . Hua hua hua.



 Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment