Thursday, July 2, 2015

Abang Jais

Salam Ramadhan,

Nak cerita pasal anak bujang aku sorang ni. Yang perangai nya sangat merisaukan aku.
Baru-baru ni lepas ambil Adam dan Ainna dari rumah Kak Dayang, Adam  merengek nak main game di rumah jiran bujang. Adam panggil Abang Jais jer. Aku dan Abah dia tak bagilah sebab waktu pun dah hampir Maghrib.

Lepas tu mulalah Adam merajuk. Muka masam dan berjalan membentak-bentak. Aku biarkan aje. Masa kami berjalan di koridor selepas kuar dari lif..ada seekor kucing baik punya berjalan atas koridor tuh. Padahal sebelum tu aku dah nampak kucing tu lari lintang pukang bila Adam lalu. Bila masa ntah ada atas koridor balik.

Tetiba dengar bunyik "buk" dari bawah. Rupanya Adam tolak kucing yang tengah jalan atas koridor. Masya Allah~ Berderau darah aku ! Kecoh budak bawah flat bila nampak kucing tu jatuh. Aku pun jenguk lah bawah. Nampak kucing tu jatuh dalam longkang dan tak bergerak-gerak.

Sampai rumah, memang aku marah giler dengan Adam. Tak cukup tuh, aku amik hanger dan pukul dia sambil membebel. Rasa terkejut sangat dengan Adam. Aku terpkir apa lah dosa kucing tuh tetiba ditolak jatuh dari tingkat 3. Kalau kucing tu mati , mesti aku rasa berdosa.

Nasib baik Abah dia macam memahami perasaan aku. Abah dia pergi turun tengok kucing tuh dan syukur sangat pada Allah kucing tuh hidup dan tiada tulang yang patah. Cuma darah sikit kat hidung. Lega sangat aku . Kalau tak, tak tahulah aku nak ajar macam mana lagi dengan Adam ni.

Lepas hari tu, aku simpan Ipad dia dan lock semua channel kartun. Lepas hari tu, memang tak pernah sebut pun nama Abang Jais dah~.


Apalah dosa aku..Uhuk Uhuk
Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment