Monday, June 1, 2015

Musim cuti sekolah dah mula.

Sekarang tengah musim cuti sekolah 2 minggu. Biasanya kite orang hantar Adam balik kampung Sekichan duduk dengan nenek dia. Tapi sejak nenek dia tak sihat dan duduk dengan Mak Ude makanya dah tak boleh lah balikkampung musim cuti sekolah.

Kalau di kampung, pak-pak sedara dia rajin melayan Adam. Bawak Adam jalan-jalan kampung. Macam tuh pun dah seronok untuk budak seperti Adam.Yang aku tak berkenan cuma dia terlalu rapat dengan sepupu perempuan dia , Aqilah.




Cuti sekolah ni macam biasa takde pun plan nak bawak anak-anak jalan-jalan. Uwaaaa! Kekadang cemburu betul tengok orang update Facebook pergi jalan merata-rata. Hari tu pun Adam ada tanya, cuti sekolah kita tak pergi mana-mana ke? Sedih Ibu dengar. Ibu pun tak mampu nak jawab. Duit sentiasa tak cukup. :(

Abah ada pun macam tak kisah pasal benda-benda macam ni. Yang dia tahu keluarga cukup makan, pakai, sekolah sudah sempurna. Tak perlu beli baju baru, kasut baru, sofa baru.Sedih gak!!

Raya tahun ni aku sengaja tak beli apa-apa. Cuti pun aku tak ambil. Buat apa raya kalau langsung takde baju raya. Tapi hati ibu kan. Aku tak samapai hati tengok anak-anak aku pakai baju lama waktu Hari Raya. Sob sob sob~

Harapkan rezeki mengajar lepas ni. Ada jugaklah sket buat belanja raya tahun ni. Nak jalan? Kita tangguh lagi yer Adam~:( 



Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment