Thursday, May 14, 2015

Suami ku ada motor baru.

 

Title ala-ala novel gitew. Hiks~

Salam u olss…tengah hari merebang macam ni selalu u olss buat apa? Kalau aku kat opis biasanya time ni aku sedang lunch. Sebut pasal lunch ni teringat tadi baru  baca tentang waktu lunch kat blog DianaIshak.com.

Biasanya orang kalau waktu lunch kul 1-2 ptg , memang guna sehabis baik untuk lunch lah kan? Ada tu siap lebih setengah jam lagi. Aku ler tuhh..Pas lunch, buat keje sikit pastu ko break pulak untuk  Solat Zuhur..ngam-ngam kul 6ptg terus off PC nak balik. Itu belum lunch kat luar bangunan lagi, silap-silap 2 jam terus. Bila tahu  ni, baru aku tahu kenapa selalu rasa tak seronok keja kat sana. Mungkin sebab dah takde keberkatan. Gaji besar pun rasa tak cukup aje.

Aku jeles jugak tengok sorang kawan aku ni. Dia kata gaji dia ada lebihan dlm seribu. Gaji dah memang besar lah dari aku sebab dia lagi otai. Patutlah aku tengok dia boleh berbelanja sesuka hati. Aku nih, lepas tolak bil sana bil sini, hutang sana sini, adalah dlm 2-3 ratus aje. Kejap dah habis kot…

Agaknya sebab rezeki tak berkat maka ko rasa gaji sentiasa tak cukup. Astagfirullah~ Aku kena setup balik jadual aku kat opis. Masalahnya, geng lunch aku memang jenis makan berjam-jam. Tapi derang takpe…derang selalu balik lambat. Mungkin ganti masa solat tadi lah.

Aku memang kena balik sharp pukul 6ptg sebab laki aku ambil. Sian pulak dia tunggu lelama kat bawah nun. Nak ambik anak kat Pengasuh lagi. Jadinya, aku plan mcm ni, break sejam untk lunch memang kena bahagi 2, satu untuk makan satu lagi untuk solat. Untuk Asar aku kena buat kat rumah lah…Sejak dah ada motor ni, harap-harap dapat sampai rumah lebih awal.

2015-04-22 19.45.12 Kalau nampak moto, jangan langgar yek! Haha

Aku dah malas nak bawak kereta. Dengan parking rate dan kena GST pastu nak membayar parking sikit punya jauh. Bodoh tuh Management TPM nih, letak booth parking jauh dari opis. Dah aku kena nyusahkan ( tumpang ler sapa yg nak bayar) orang bayarkan parking aku.

Aku kan tak suka nyusahkan orang. Kalau boleh buat sendiri, memang aku buat sendiri aje, Tapi takkan nak pegi bayar parking kena kuarkan kereta and then nak parked balik parking dah takde. Sewel je weh~So, aku rasa toksah lah bawak kete dah. Laki kan ada..apa guna laki ada moto.!! Hek hek hek !

P/S: Gambar nampak besar, hakikatnya kecik aje. Boleh ke bontot badak ni park kat seat dia?

No comments:

Post a Comment