Tuesday, May 12, 2015

Nak tulis apa?

 

Sejak aku kenal dunia internet sampailah sekarang, dah 11,250 billion blog aku baca. Blog femes ke tak femes semua aku dah baca and follow. Aku kan stalker!. Muahaha! Nomal kot sekarang ni, orang suka baca blog yang kelakar. Tapi tak banyak dah sekarang. Ada pun dah layu di tasik madu.

Ada blog guna spelling yang kelakor macam blog Makcik Rehan. Sempoi habaq hang!~Kekadang entri dia banyak yang makan dalam. Padahal Makcik ni surirumah aje. Kalau dia buat buku mungkin laku.

Ada juga blog yang gaya penulisan sangat simple dan teratur. Bahasa yang di guna adalah Bahasa Melayu A++. Entri dia macam artikel di majalah tuh. Ada permulaan, isi dan penamat. Bergantung pada isi, ada jugak yang seronok di baca.

Yang simple mimple pun ada. Aku penah jumpa dulu. Tapi..sekarang ni dah tak ingat nama blog dia. Setiap satu entri cuma guna tak lebih dari 30 patah perkataan aje. Ringkas! Pun sonok di baca.

Kalau yang suka membaca lama-lama depan laptop bole usha blog yang suka taip panjang-panjang. Kagum betul aku dengan blogger yang boleh menaip lama macam tuh. Mesti dia pandai typing kan?.

Bnayak lagi lah blog-blog yang best. Tengoklah yang mana korang suka baca.

Blog aku ni caca marba aje. Masih sedang mencari identiti penulisan sendrir. Chewaaahh~ Tapi rasa minat yang ringkas, kelakar dan makan dalam punya. ! Ok takkk…

No comments:

Post a Comment