Sunday, May 31, 2015

Immature People


Sebenarnya tadi dah up entri pasal sorang minah sewel kat opis aku nih, Nak cerita dari A sampai Z rasa macam perlu ke tidakkkkk aku post kat blog nih haa...

Perlu ke aku simpan cerita pasal seorang manusia yang pelik. Mana tahu in future jumpa lagi orang macam ni? .Kadang-kadang berjumpa dengan manusia yang berperangai pelik ni mengajar kita sesuatu. Dalam kes ini, aku pun belum tahu lagi.

Kisah perangai rakan sekerja aku yang pelik ni macam ni, Umur dia nak masuk 40an dah, Masih bujang. Nak kata buruk tak jugakk..Nasib baik ada rupa dan bertubuh kurus. Pakaian juga sentiasa kemas dan menarik. Pendek kata, senang je nak cari pakwe. Tapi masih bujang Zaman sekarang, muka lawa pun tak tentu jodohnya cepat. Ramai je artis-artis yang cantik dan lawa lambat kawen.. Untuk kes dia ni, kita anggaplah belum jumpa jodoh.

Dia ni sebenarnya dah lama kerja kat kompeni ni. Rasa dah hampir 5 tahun kot. Kalau budak umur 5 tahun, dah tahu macam -macam.Awal aku kenal dia pun dah mula ada issue sebab minah ni moody. Nak tegur dia kena tengok mood dia. Kalau tak kena mood, memang dia tak layan ko. Pastu, 24 jam dengan henpon. Ko bayangkan kalau makan sesama. Orang ancak berborak dia asiklah dengan henpon. Kalau macam ni, takpayah lunch sekali. Lunch lah sorang-sorang. Lagi bagus!!

Biasalah kita kalau ada heng makan lunch . Mesti selalu share pasal citer masing-masing kan? Yang minah ni memang secrective betul. Tak kisahlah ko tak nak citer pasal hal peribadi ko tapi macam tak klik langsung. Sudahnya, aku dah kawan-kawan yg lain pulaukan dia. Dah tak ajak dia makan sekali. Time lunch kami tinggal je dia. Pandailah dia nak makan sendiri. Itu cerita bertahun lepas.

Tahun ni di jadikan cerita kena pulak keja dengan dia. Sebelum tuh, banyak dah aku dengar citer pasal dia. Dah naik muak dah! Tapi , aku kan baik. Aku ada rasa nak tolong dia dan tunjukkan yang dia tak seteruk mana. Walaupun, aku ajar benda yang sama selama 3 bulan and she keep asking stupid question and i keep answering with sarcastik answer.

Selama itu, aku bertahan lagi. Dia cuba nak rapat dengan aku. Nak join makan dengan aku. Seb baik aku pandai tepis. Nak pegi mana-mana dengan aku. Waktu lunch mintak maaplah memang tak boleh. Waktu lain bole lah sket-sket aje. Aku tak nak orang perasan that im too close with her. Aku sekarang membantu dia supaya diterima orang lain. Dia ada satu peel yang terlalu manja. Bercakap gaya manja. Meminta gaya manja. Sedangkan aku seorang yang ala-ala rock gitew. Aku bertukar sifat depan dia semata -mata nak jaga mood dia sepanjang hari sampailah satu hari aku ter piss off!!

That one day, again..she asking me stupid question. Yang sepatutnya budak baru masuk kerja aje yang tanya soklan macam tuh. And aku terlepas cakap. Takdelah kasar mana pun..aku cuma cakap dia macam budak baru masuk kerja aje dengan nada perlian. And tak sangka dia tersentap!!

Dia hempas barang atas meja kuat-kuat! Which is pada aku sangat chilldish~. Very childish behaviour. Lepas tu terus amik half day and bagusnya boss aku..benarkan dia ambil half day without solid reason pun!. Frusttt~

Bila citer ngan Anep. Anep cakap bitawlah dia? What?? You mean aku kena layankan soalan bodoh nak mampus dia tuh? Argghh..aku akan ingat sampai bebila that when comes to her issue, i will not share anymore wuth Anep. Thats it!!

So, the next day, she still not talked to me! I dont care at all. . She can do what ever she want! Aku takkan pujuk balik bhai!! Aku tak buat salah pun! . Who is she after all. Ada yang tanya. Aku marah ke? Aku tak marah . Aku cuma kecewa dengan dia, Really kecewa. And now im going to giving up with her. 

Hopefully she will found someone who is not giving up with her attitude and change her to a better person.Aminnn

Im tried and failed already. 






Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment