Thursday, May 7, 2015

Ainna Najihah Punya Hari Jadi ke-3.

 

Bismillah~

Alkisahnya anak dara aku , Ainna Najihah dah masuk 3 tahun 26 April yang lepas.Aku je yang tak stori mori dalam blog sebab sakit hati dengan keyboard laptop aku. Alasan sungguh!

Sebelum tu memang ada plan nak sambut besday Ainna. Plan nak buat special sikit. Dah diskus ngan abahnya tapi macam takde sambutan pulak. Macam aku pulak yang beria-beria .Ermm..Hari kejadian lepas Adam Nuqman habis kelas terus bertolak ke rumah kakak ipar di Shah Alam. Beria dia masak pulut kuning untuk anak-anak aku tapi anak aku tak makan pun. Bukan apa, kebetulan diaorang baru lepas makan jadinya masih kenyang. Lepak sana sampai tengah hari gitu, aku ajak Abah dia pergi cari helmet. Helmet aku tak yah beli baru sebab guna yang Wawa punya aje. Boifren dia bagi katanya. Amoiii…sekarang boifren bawak kete dah tak pakai moto. Amboiiii lagi..

2015-03-19 22.01.19

Gambar takde kena mengena dengan citer. Ainna amik kot gambar ni. Ada seni..

So, kiteorang cari helmet for Ainna dan Adam ajelah. Pi usha satu kedai aje so, tak banyak sangat pilihan. Aku nak yang ada gambar kartun banyak-banyak tapi takde. Yang ada pun yang simple sangat coraknya. Beli jugaklah sebab malas nak pi survey tempat lain. Dahlah panas giler masa tuh.

Pastu beli helmet, pergi Jalan Pasar pulak . Cari cover tablet Adam. Takut aku tengok dia guna Tab takde cover. Buatnya screen pecah tak ke naya acik . Huhu. Lepas dapat apa yang di hajati, kami terus balik rumah aje. Aku pun dah penat seharian berjalan.

 2015-04-25 10.18.56 Helmet ni pinjam salah sorang student di Minda Optima. Cantik kan? Nak cari macam ni lah tapi takde…:(

No comments:

Post a Comment