Monday, May 11, 2015

Ainna Najihah dah besarlah~

2015-05-08 20.58.09

 

Nampak tak warna merah kat hidung Ainna tuh? Asalnya cuma luka calar sebab kuku panjang. Dah nampak tuh baru aku terhegeh-hegeh nak ketip kuku Ainna. Hehe~Biasanya luka tu hilang sendiri tapi tak sangka lama-lama jadi lagi besar!! Ya Tuhan~ Buruk dah rupa anak dara aku. !

 

Aku sapulah minyak gamat kat hidung dia. Tapiiii..punyalah seksa!~ Kena paksa kau! Taknak langsung kita tengok. Malu ke hape? Tahu pun ko malu yerk~! Pandai sangat main luka itu yang makin besar lukanya. Tangan memang tak reti duk diam. Menurun sapa pun tak tahulah~. Kejap –kejap dia main bibir. Dok kutih bibir kering. Geram betul aku tengoknya~

 

Rambut tu memang jenis sikit. Memang trend famili belah aku agaknya. Rambut Abah dia lebat aje. Rambut aku and adik beradik memang nipis aje. Ni nak simpan rambut panjang pulak. Aku trim sikit aje yang bahagian depan tuh~. Pandai bergambar dah minah nih. Ni pun tak tahulah menurun sapa? Aku ngan abah dia bukan kaki posing pun~ Agaknya terpengaruh dengan retis-retis kat TV lah kot kan?

Ainna ni cepat belajar. Dia suka tiru apa aje Abang Adam dia buat. Itu yang buat aku pening kepala sebab peel dua beradik ni sama aje.! Memang Adam versi perempuan betul! Cuma Ainna ni sweet sketlah~, maklomlah anak pompuan kensss. Pandai amik hati pun ye, Betul lah cakap kawan aku, anak pompuan ni dia caring dari anak lelaki. Kalau kita sakit ke, penat ke dia yang tanya dulu. “ Ibu demam ke?”Erm…harap2 besar jangan abaikan Ibu ye sayang!

2015-05-07 17.46.29     Rantai tu beli yang RM10.00 je kat Giant Cheras. Cantik pulak. Tak sampai malam dia pakai dah putus talinya. Uwaaa…seb baik benda murah aje. Saje beli tingin nak tengok anak dara ni melaram . Pakai rantai, cincin and gelang. Aku dulu tak suka barang-barang kemas ni. Rimas!~ Suka pakai gelang kaki aje.Bila pakai rasa feminine sangat. Hahaha. Ingat nak belikan juga untuk Ainna tapi Mama Dayang mesti suruh bukak bila hantar Ainna kat rumah dia. Borinklah asik nak buka pakai buka pakai .

 

  2 minggu Ainna aku jaga siang malam. Tak hantar ke rumah Mama Dayang. Hantar Adam je. Bila dapat jaga full time  baru nampak banyak peel dia. Yelah~ ko keje kuar pagi balik nak dekat Maghrib..bila masa nak peratikan peel anak. 2 minggu ni syok sangatlah. Nampak Ainna dah pandai main dengan patung bear dia. Kelakar aje bila dok buat ala-ala berlakon. Drama keluarga pulak tuh. Hahaha!

https://youtu.be/7MJahnB9pR0

1 comment: