Sunday, May 31, 2015

Adam Nuqman Turns 6


Adam Nuqman sudah berumur 6 tahun ketika ini. Tubuh badan Adam semakin tembam semenjak tahun lepas. Salah ibu dan abah kerana terlalu melayan nafsu makan Adam. Adam terlalu suka makan ayam goreng bertepung segera dari Ayamas tuh. Ibu juga suka kan ayam. Nampaknya habi makan ayam menurun dari Ibu. Hehe!

Setiap tahun ibu selalu berangan nak sambut hari jadi Adam secara besar-besaran. Tetapi kerana kekangan bajet dan masa. Impian masih tidak dapat ditunaikan hingga tahun ini. Begitu juga harijadi Ainna. :( . Ibu rancang untuk satukan sahaja sambutan hari jadi kamu berdua setiap tahun.

Tahun ini, juga tidak belikan apa-apa untuk Adam bawa dan kongsi bersama rakan -rakan di Abim. Ibu pikir cukuplah sekali sahaja.Pada ibu sambutan hari jadi sepatutnya bersama keluarga dan bukan dengan kawan-kawan, Tambahan lagi, cikgu Adam tidak mengambil gambar dan berkongsi sambutan hari jadi di sekolah. Ibu tak boleh lihat wajah gembira Adam. Justeru itu, Ibu mengambil keputusan untuk tidak memnyediakan apa-apa untuk sambutan di sekolah.

Balik dari kerja, Ibu dan Abah bawa adik dan Adam ke Giant Cheras. Adam suka makan ayam goreng. Ibu belanja makan ayam goreng! Bagi Adam main kereta control yang RM5.00 10 minit tuh dan beli mainan pistol di Giant sahaja.

Adam kata seronok sangat!! Alhamdullilah~ Ibu rasa sambutan sederhaba begitu bersama keluarga lebih bermakna kan. Cuma kurangnya sebiji kek! Sayang dekat area rumah kita takde kedai kek. Yang ada dulu pun semua dah tutup. Ibu kena belajar buat kek lah nampaknya,

Budak -budak ni bukan pentingkan rasa sangat. Yang penting deko pada kek . Ada mainan cantik-cantik baru budak-budak suka. Frust sebab kek kat Secret Recipe sangatlah mahal dan tak boleh dihiaskan ikut pesanan. Dahlah saiz semer besar-besar. Haihh~


 
Badan Adam Nuqman yang semakin boolat!! Hari-hari nak makan ayam goreng~


Lots Of Love,

No comments:

Post a Comment