Sunday, March 15, 2015

LRT , Ainna dan Adam

 

Sebenarnya rancangan asal Sabtu ini adalah untuk ke Workshop Shaklee di Setia Alam, Beria lah aku meminta tolong dari KJ untuk temankan aku kesana. Akhirnya TAK JADI!!. Upline aku ada emergency kata nya.

Jadinya lepas Subuh sambung tidur. Ekekekeke..Memang tengah ngantuk sebab Ainna tak tidur semalaman. Penyakit berjaga dia dah datang semula.

Sebelum itu, Fir dah call aku semalam . Katanya Mama ajak keluar. Mulanya agak malas mahu memandu tapi memikirkan permintaan Mama, aku gigihkan bangun dan menyiapkan dua askar aku tuh. Tengah hari baru bertolak dari Cheras. Dah nak sampai di Bulatan Selayang tu, boleh pulak jalan ke Batu Caves di tutup untuk member laluan pada Le Tour Langkawi. Phfff…Sudahlah tidak mahir jalan lain. Makanya terpaksa berpusing-pusing di Selayang sehingga sesat ke mana2 ntah. Akhirnya jumpa balik ke jalan ke rumah Mama. Memang menduga sungguh.

So, plan ke Jakel bermula.Nasib baik tak perlu memandu. Kita naik LRT jew. Tengok tu muka Mama happy aje. Aku suka lihat da begitu. Syukur Pada Alla2015-03-14 15.22.34

Ainna pertama kali naik LRT. Adam pula kali kedua. Ainna nampaknya senang di kawal. Takdelah dia buat drama airmata. Ini pun pertama kali aku nak bawa anak-anak aku soping di Kuala Lumpur. Here we goes. Must get ready if situation become worse.

But, in the ends. Everything went smoothly. Boleh bawak lagi mereka ni jalan-jalan di Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete