Monday, March 23, 2015

Jalan-Jalan : Taman Bukit Ampang.

 

Salam semua,

Sebenarnya kitaorang adalah sangat jarang bawa anak-anak keluar pada hari minggu. Rasa bersalah kat anak-anak. Tahun ni kita cubalah kerapkan aktiviti ye anak-anak.

So, sejak aku daftarkan Adam untuk kelas Mambaca Cahayaku secara automatiknya jadual setiap weekend juga dah berubah. Dah takde bangun lewat-lewat dan bermalasan di hari minggu ya.

Sabtu aku yang akan bawa dan hari Ahad ditugaskan Abah untuk menjadi driver. Jadi Ahad lepas sempatlah bawak anak-anak ke Taman Bukit Ampang.

Yuran masuk RM3.00 per entry. Untuk motosikal seperti percuma sebab nampak yang bermotosikal tak perlu bayar apa-apa.

20150322_110547

20150322_105904

20150322_105924

 

20150322_110553

Ainna yang penakut nak mandi. Puas aku pujuk. Dia lebih rela main sorang-sorang kat darat. Main buang-buang daun dalam sungai. Bagussss nak!! Hehe

Kat sini best sebab orang tak ramai. Air sungai dia memang tak dalam pun. Sesuai lah untuk bebudak. Kalau orang tua kan biasa suka yang dalam-dalam kan. Tak pasti pula kalau ada tempat yang dalam. Tapi, kami naik sampa ke level atas pun sungainya tetap cetek.

Dalam kul 12 tgh hari bertolak balik. Adam memang belum puas mandi .Kalau layan kan dia sampai petang pun belum tentu nak naik. Huhu.

No comments:

Post a Comment