Thursday, March 19, 2015

16 Mac 2015

 

Tak tahu nak letak tajuk apa. Tibailah letak tarikh! Kah kah kah. Lantaklah janji aku tahu 16 Mac tu hari jadi aku. Lalalala

Nak citer pun malas sebab tak ada yang special pun! Aku sendiri hampir lupa harijadi sendiri. Tahun ni kira dah 34 tahun lah. Angan-angan dan impian banyak lagi kot yang belum tercapai. Tapi nampaknya tahun ni apa yang aku nak ada jugak lah yang dapat.

Walaupun increment tak dapat macam orang lain tapi Alhamdullilah working hour aku dah lebih fleksible. Boleh gerak dari opis pukul 4.30 ptg. Beza lah dari dulu kalau habis kerja pukul 6 ptg, campur dengan traffic jammed lagi dekat kul 7ptg baru sampai rumah. Tak sempat rehat dan mandi tetiba dah azan Maghrib. 

Sekejap dah penat. Masa ngan famili pun makin kurang. Aku tak kisahkan gaji naik ke tidak. Sekarang masa dengan anak-anak lebih penting.

Alhamdullilah di umur 34 ni diberi kesihatan yang baik, anak-anak yang membesar dengan sihat dan kawan-kawan yang selalu ambil berat . Hubungan aku dan mama juga semakin baik. Dah takde perasaan malas balik Gombak. Sekarang ni 2 minggu tak balik pun dah rindu Mama aku. Syukur. Itulah REZEKI aku yang ALLAH beri.

 

p/s: Niat nak kaya, tak kaya –kaya jugak. Takpelah, lu kaya dengan kasih sayang beb! Ecehhhh

No comments:

Post a Comment