Sunday, February 8, 2015

Watching Big Hero with my luvss at IOI Putrajaya.

Sejak -sejak berkeluarga ni..tak pernah sekali pun aku bawak anak2 tengok movie di cinema. I always though my husband will not approved it. Aku juga selalu rasa it is not a good idea. Yelah,buatnya anak aku meragam dalam cinema. Dah takleh nak fokus tengok movie. Nanti membazir pulak tiket.

Rezeki anak2 mungkin,kami dapat 4 tiket percuma menonton BigHero movie di IOI Putrajaya. Thanks to our neighbour,Rizam sebab menjemput kami sekeluarga. 

Tayangan nya adalah pada hari Sabtu jam 8.15 pm katanya. Lepas maghrib terus bertolak. Naik satu kete aje. Bawak lagi sorang jiran,Ema dengan anak2 dia. Rizam and Aifa. Ngam2 lah sebijik kete.

IOI Putrajaya ni shopping complex baru. Jadi, cinemanya juga baru. Rizam kata the cinema still virgin. Hahahaha..

Mulanya ingatkan dah lambat rupanya kami sempat juga sampai on time sebab tayangan sebenarnya pukul 8.50pm.

Seating place berpecah rupanya. Tak skali. Tapi okaylah sebab kami dpt 2 seater semua dlm satu barisan. Aku ngan Ainna duk depan sekali. Yang paling risau si Ainna ni. Janganlah meragam dalam cinema.

Masa tayangan mula, Ainna diam je. Tak sampai 5 minit lepas tu dok kira tangga pulakk.. Abah dia bagi biskut baru duk senyap.Dah habis biskut sambung semula kira tangga cinema. Ahahaha.

Overall,i hope it a good experience for the kids and us as parents. Takdelah susah sangat kan...

Owh,jangan lupa amik gambor parking anda ye. Sebab kiteorg tak jupe kete sebab salah floor. Hampeh!!

No comments:

Post a Comment