Sunday, February 8, 2015

Investment ngan MV

Ni kisah investment aku.
Saje nak tulis dalam ni sebagai reference.

Benda di Kak Yah yang introduce kat aku. Memula macam 50-50 nak percaya ke tidak sebab pulangan agak lumayan. Kalau masuk kaunter 50% boleh dpt 50%keuntungan dlam masa 30 hari. Kat sini aku terkena sikit. I thought 30 hari tu sebulan rupanya 30 hari tak kira weekend. Dowhhhhh...Masa tahu pun aku dah join pun. Masuk kaunter 70% 45 hari tak termasuk weekend. Makanya dapat duit lagi lambat lahh...nak dekat 2 bulan kot kena tunggu. Argghh..masa ni memang bengang gak kat Kak Yah sebab tak cerita habis kat aku.

Tapi malas nak kecoh,  so aku diam je. Aku invest kaunter Merdeka which is aku bank in hujung bulan 8. Invest RM1K dari duit QIP. So, untung rm800 ( kaunter 70%)

MV update PO date bulan 10. Tunggu punya tunggu postponed ke bulan 12. Tak dpt2 jugak sampai lah sekarang dah Feb 2015. Dah lama sangat tunggu. Investor lain kat dalam tu memang dah start meroyan. Mana taknya..asik dok bagi janji palsu. Aku pun dah rasa kena tipu ni.

Rupanya Ee and Anep pun join jugak. Derang invest lagi banyak. RM3k tau...Entahlah nak cakap apa. Dalam group tu macam2 dah org dok kata. Kak Yah and Anep kata sebelum2 ni memang derang bayar. Yang aku pulak terkena pestime invest terus kena tipu wooooo...T_T

No comments:

Post a Comment