Monday, September 1, 2014

1 September 2014

 

Hi Diary..tajuk memang takde mengena ngan isi entri tapi itu aje yang terlintas kat kepala.

Semalam aku menghadiri Majlis Tahlil untuk arwah papa dan Pakteh. Abah dan Adam tak turut serta sebab derang balik kampung. Asal plan memang kami semua nak ke kampung tapi suddenly mama call dan inform tentang majlis Tahlil. Jadi terpaksa sorang ke kampung sorang lagi tunjuk muka di majlis Tahlil.

Aku pakai baju kurung sempoi aje. Serba hitam. Biasalah, aku berpakaian ikut mood. Kalau warna hitam maknanya tengah malas ler tuhh..

Majlis Tahlil tu derang tak jemput orang surau. Semua sanak sedara aje. Which is bila berkumpul ramai jugak yer kaum kerabat kami.

Adik beradik aku cuma Firdaus dan Angah tak dapat datang. Baby Angah demam and Firdaus pulak kena kerja. Lauk pauk dengar nya Maksu Da yang masak. Lauk utama nasi goreng. Masya Allah..punyalah tak sedap. Haha! Aku paksa telan je tuh..Ntah betul ke tidak Maksu yang masak. Biasa nye sedapp..Kuih-kuih Acik beli aje. Biasala..orang kaya ni dapur aje besar tapi tak berasap. Kekadang macam tak paham. Haha.

Sebab tu dapur rumah aku pun aku malas nak deko sangat. Sebab aku pun jarang nak masak sangat. Alasan je kan..

Masa Majlis Tahlil kan  jumpa mak-mak sedara. Sampai 3 orang mak-mak sedara cakap aku dah gemuk…Uwaaa…ingatkan pakai baju kurung hitam dapatlah sembunyikan kegemukkan sket. TAPI…ternyata jelas takkkkkkk…uwaaaa..!!

Ainul macam biasa. Sepupu aku yang selalu nampak gojes. Semalam dia pakai jubah warna emerald green yang ada lace hitam kat hujung kain. Memang cun pun. Uwaaaa..Aku sengaja jarakkan diri dari dia. Bukan sebab aku segan tapi sebab takut kena perli-perlian. Minah tu dah eksyen sekarang. Malas nak berborak dengan dia. Huh!

Laila lagi okay dari Ainul. Laki dia lagi kaya kot. Bertukar2 kete mewah. Tapi tak da lah loklak macam Ainul tuh. Erm…dah terngumpat lak aku kat sini.

Hari ni 1 september 2014. Aku mulakan diet Atkins aku arini. Makan telur je byk ngan ayam goreng. Air bergelen-gelen dah. Kepala dah rasa sakit sebab Ketosis.

Semoga bertahan Linda. Ko kan nak nampak gojes masa Dinner SCOPE nanti. Yeeeehaaa!!

No comments:

Post a Comment