Monday, April 21, 2014

Lawak ke der 2?

 

Salam.

Hari ni hari pertama kerja setelah 2 minggu cuti. Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja dengar berita pasal kapal terbang MAS yang sempat patah balik ke KLIA setelah mengalami kerosakkan.

Sampai opis kerja dah bertimbun. Fuhhh…fokus nak siapkan sebanyak yang boleh. Date line nak dekat dah. Huhu. Mulut rasa nak bergosip pasal kapal terbang tadi dengan member sebelah tapi tangguh dulu sebab masing-masing busy.

Tetiba Syamsul bersuara,

“Linda,ada satu lagi kapal terbang hilang”,

Otak aku terus memerah ingatan yang tak seberapa. Setahu aku kapal terbang tadi tak hilang tapi selamat landing. Aku buat muka bingung.

“ Hah, ye ke?. Bukanlah

“ Ada…karpal Singh”,

Hantu punya Syamsul.Pedajal aku pagi-pagi lagi.

 

Lawak tak entri ni? Kah kah kah

No comments:

Post a Comment