Saturday, April 19, 2014

Ainna dalam proses weaning off. (Btul ke ayat aku ni?)

Salam.

Pagi ni kami sarapan roti boom frozen cicah kari kaki ayam yang dipanaskan semula. Yummy!!Adam Nuqman pun suka walaupun makan tak sampai sekeping roti. Mamat tu kalau bukan ayam memang cenggitulah seleranya. Ikut peel ibunya. Hehe.

Well, cuti 2 minggu hampir tamat. Satu hape pun aku tak achieve. Memula beria plan nak mendietlah, nak tambah amalan sunatlah...sudahnya!!macam tu jugaklah! Haihhhhhhh.

Ermm...maybe stori yang satu ni satu achievement buat aku even unplanned. Ainna Najihah bakal berusia 2 tahun pada 26 April ni. Haku lama dah planned nak putuskan susu badan. Ainna tak kuat menyusu tapi kuat ngempeng. Dah macam-macam gaya cara dia mwngempeng. Ko nak gaya apa? gaya kera di hutan,gaya rimau cari makan,gaya tikus terjun. Sume Ainna dah penah buat. Haha.

Jadi,malam tadi tetiba aku rasa nak ngenakan Ainna pasal tak habis2 dok selak nak tetek. Bukan nak susu sangat pun lebih pada nak ngempeng je. Jadi,aku pun letak asam jawa kat puting aku. pastu sambung tengok Bintang Mencari Bintang 2.

Tengah baring atas sofa buruk,Ainna datang lagi dan selak baju aku. Muka dia berkerut. Haha

"Yekkk..yekk"aku cakap.

Ainna beralih ke tetek lagi satu. Muka berkerut lagi. Mulut dah terjuih penuh ayak liuq.

Aku cakap "Yekk...yek" lagi..

Ainna pun berlalu. Sua susu botol dia takmo. Ermm...btullah minah ni nak ngempeng je lebih.

Pastu,malam masa nak tido. Setiap kali dia selak baju aku cakap yek! Ainna faham nak tak mintak lagi.

Pagi ni pun begitu. Pagi ni Ainna duk atas riba. Aku lak automatik selak baju tak ingat dia tengah mode putuskan susu. Pasti cepat2 aku cakap yek..yek dan Ainna pun tak mintak lagi. Begitulah.

Teringat pesan Ustaz, rezeki bukan hanya pada wang sahaja. Anak-anak yang bijak juga rezeki bukan! ^_^.

No comments:

Post a Comment