Saturday, December 28, 2013

Kami dan Oreo.

 

Teringat 3 minggu lepas update status Facebook yang berbunyi begini “ Bakal dapat new family member”. Yang kelakarnya, kawan-kawan di Group Whatsapp ingat aku mengandung!.Aku sendiri tak terpikir yang update aku akan mengelirukan kawan-kawan yang lain. Walaubagaimanapun, aku layankan aje peel kawan-kawan aku di wasap. Saje nak pedajal depa.

Dan semalam, new family member tu dah berada di rumah kami. Lama gak tunggu nak ambil dia ni. Tuan dia busy dan aku jugak busy. Sampai asyik teringat2. Hew hew hew.

2013-12-28 14.17.34

 

Namanya Oreo. Seekor kucing jantan. Tuan dia kata umur 6 bulan tapi bapak besar macam kucing dewasa. Aku lak beli cage yang kecik jer. Lantaklah kann…cage tu pun bukan nak pakai selalu.

Ambil Oreo ni dekat Econsave parking lot aje lepas balik kerja. Menggigil2 Oreo ni. Tuan dia kata Oreo tak pernah kuar rumah sebab tu dia macam takut sangat. Ok, aku faham..Smile

 

Dulu masa kecik aku expert bab kucing-kucing ni. Tapi sebab dah lama tak membela dah lupa cara dan teknik dia. Memula kurung dalam bilik air untuk ajar dia tempat nak berak tapi sampai laaa ni tak berak-berak gak. Makan pun takmo. Stress ke Oreo ni. Tuan dia kata tak kisah kalau nak hantar balik tapiii..barang-barang dia dah beli pun. Rugilah kan..

Takpe..maybe Oreo belum biasa lagi. Kita bagi masa dia seminggu tengok macam mana. Gambar kat atas tu nampak macam okay tapi sebenarnya Oreo still takut2 lagi.

Sekarang ni dok menyorok belakang almari pulak. Hah! Lantak ko kat situ. Jangan kencing sudeyyy..

No comments:

Post a Comment