Sunday, November 17, 2013

Kisah anak-anak aje.

 

Hai..hehe

Lama dok diam dari tulih blog ni. Sebenarnya ada je benda nak tulih tapi kekurangan ide nak mengarang entri. Sometimes, baca blog orang rasa lagi best dari tulih. Hmmm…Malam ni baru ada masa dan kerajinan sket. Huhu. Korang rasa nak baca, teruskan membaca . Kalau malas, tutup je terus. Haha

Ainna sekarang ni dah 1 tahun 7 bulan. Dah pandai cakap sket-sket. Ayat-ayat pertama dia macam

“nak”, “abah”,"adui”, “errm..dapp”, “acih”, dan “baiii” ..

ayat “adui” tu paling latest dia sebut. Comey sangat bila dia sebut tu. Nak duduk sebut “adui”, terjatuh sket sebut “ adui”, selalu sangat sebut “adui” tu dah macam orang suka mengeluh aje bunyinya. Hahaha. Tapi, still look so cute. :)

Nak sebut Ibu tak pandai lagi. Takpeee, aku tak paksa pun. Adalah ajar sket2 tapi tak selalu. Biarkan aje dia pandai sendiri. Abah dia pun dia panggil Abah, aku pun dipanggilnya Abah. Haahhaha. Bab melawa dah pandai sket-sket. Pantang nampak kasut. Mesti nak pakai. Tak kiralah kasut tumit tinggi aku ke, kasut Abang Adam dia ke..mesti dia pun nak try. Haihh

Pastu, sekarang ni suka layan Upin-Ipin. Memang kusyuk aku tengok dia. Tapi tak delah sampai berjam-jam. Kire bole dikawal lagi anak dara aku ni. Apa abang dia buat, mesti dia nak ikut buat. Hari tu abang dia panjat sofa..dah dia pulak pun sama panjat sofa. Aduiiii!!

Bab makan pula memang bagus. Tak memilih langsung dan paling senang nak bagi makan. Tak sama dengan Abang Adam dia yang memilih. Itulah berkat menyusu badan kan?

Ermm..anak-anak aku dah makin besar. Adam tahun depan nak nak sekolah tadika. Risau pun ada. Takut dia tak dapat nak blend in. Tapi, kalau tengok gaya Adam , aku rasa dia takkan nangis di hari pertama dia sekolah. Aku dah didik Adam supaya jadi budak yang berkeyakinan tinggi dan berani bercakap. Dia akan bercakap apa je yang dia rasa. Aku harap perangai itu dapat melindungi dia masa di sekolah nanti. Jangan jadi kaki buli sudah. Aku taknak dia yang jadi mangsa buli.

No comments:

Post a Comment