Sunday, July 7, 2013

Shopping Raya kat Tanjung Karang

 

Lalalala…korang dah soping raya kew? Kengkawan aku kat opis tuh rata-rata semua dah setat soping. Akuuuu je belum. Jadi mulalah stress sendrik kan? Kebetulan minggu sudah balik rumah mama sebab nak pergi kenduri sedara jauh. Lepas kenduri, aku pergi Factory Outlet Sale kat Matrade. Fizi yang bawak. Aku tinggal Ainna dengan Mama. Bawak Adam jer.

Masa kat sana, dah tak ramai orang dah. Sebab hari last agaknya. Kedai yang menjual pun tak banyak.Target aku nak beli baju melayu bulan ni tapi takde warna yang aku nak tuh. Si, jalan-jalan dulu sampai kedai kawan Fizi. Jual baju budak-budak. Aku amik dress Ainna sepasang. Untuk Adam, ambik jean ngan kemeja. Total lost rm140. Hahaha. Untung jugak pi kedai kawan Fizi ni. Leh Kowtim. Alhamdullilahhh~

Besoknya, aku dah kat kampung. Ajak Abah kuar cari baju melayu kat Pasaraya Sakan. Nasib baik jumpa kaler yang aku nak tuh. Terus ambil untuk Adam dengan Abah. Kat sini Total Lost dalam rm160 kot .Tak ingatlah pulakkk. Lepas dah habis tuh ungat nak baliklah sebab tangan aku pun dah lenguh dukung Ainna. Sekali lalu depan kedai kasut, singgah jap cari kasut raya. Jumpa kasut untuk Ainna. Alololo..comey lah sangat! Adam pilih kasut Ben10 sendri.Kebetulan matching pulak kaler dengan baju melayu dia. Puas hati .Budget bulan ni RM500. Ada lagi balance rm100.

On de way nak balik ke KL. Jumpa kedai tepi jalan sebelah Tesco. Letak iklan beso-beso tulih 4 pasang rm100. Ingatkan dia jual blouse jer. Sekali rupanya baju kurung koo..Aku boronglah baju kurung 4 pasang dengan harga rm100. Hahahahaha.Puas hati betul soping raya kali ni. Kualiti kain memang tak elok sangat tapi janji baru. Muahahaha.

Ada lagi ni nak kena beli…ermmmmm

No comments:

Post a Comment