Monday, June 24, 2013

[Tutorial]: Configure Unifi after Reset Router & Tukar Nama dan Password Wifi.

 

Hooray…dah pasang Unifi kat rumah. Lepas ni takde lah sangkut-sangkutlah aku nak tengok Youtube. Sebenarnya Wifi aku sebelum ni pun okay tapi tak larat asyik nak topup. Adam pulak suka tengok Youtube. Bila dia bukak Youtube aku nak on Facebook pun sangkut-sangkut. Boring tau!!

Hari Sabtu pasang. Puas hati sangat. Senang nak download movie ke, drama online ke, mtv ke. Beshh! Hari Ahad berkurung kat rumah layan internet lajuuuu. Kebetulan jerebu lak kan? Memang memerap jerlah.

Malam tuh mata aku semak lak dengan nama wifi yang installer ni setup. Pi letak nama penuh aku. Perghh..tak glamer lah kan. Aku pun gatai pi tukar. Surf google. Pung pang pung pang skali tak boleh nak on internet dah. Uwaaaa..sampai kul 1.30 pg try buat. Tapi tak boleh buat sangat sebab Ainna tak tido lagi. Mengacau si kecik tu. Sudahnya besok aku tak keje. Hahaha. Benda ni senang buat bila budak-budak takde. So, lepas hantar anak-anak ke rumah BS try buat skali lagi. Aku siap reset router lagi. Lagi huru-hara kot! Last2, aku kol Customer Service. Dua kali je aku kol dah ada orang jawab Alhamdullilah. Takyah aku sakit hati tunggu depa angkat kol aku kan? . Surf tenet ramai orang cakap TM CC sangat teruk. Seb baik aku ok. Maybe sebab kol pagi-pagi kan.  Ok, back to my story.

Minah TM yang angkat tu nama Syarifah. Garang sower dia. Aku pun macam takut-takut nak cakap. Huhu. Dia cakap aku patutnya tak boleh reset router. Ye ye acik salah!! Huhu. Pas di assist tu, aku macam alahaiiii senang aje rupanya.  Aku cuma salah masuk kolum and then key in salah id dan pwd je. Padahal dah tengok dah kat kertas yang installer bagi. Duhh! itulah pandai-pandai sangat kannnnnnnn??

Ok, untuk korang yang ada problem yang sama meh sini ahkak share cara dia.  HOW TO CONFIGURE UNIFI INTERNET AFTER RESET ??

First skali, DON’T EVER-EVER CHANGE THE ROUTER AGAIN. Sebab itu bukan reset wifi tapi reset INTERNET CONNECTION terus. Second, to confirm tengok lampu kat router. Kalau dekat internet takde lampu maknanya confirm!!! Korang kena setup internet balik.

Macam aku nyer kes patutnya tak perlu kol CS sebab semer id ngan pwd dah ada. Tapi blur punya pasal kol jugak lah. Haha

Bukak internet browser korang (Firefox, Chrome , IE). Lepas tu taip http://192.168.0.1 dekat address bar dia. Pastu kuar macam gambar kat bawah

Masukkan id : admin Password biarkan kosong and then klik Login.

Untitled

Step 2:

Dekat Side kiri, klik INTERNET.

Pastu, klik Internet Connection Setup Wizard

image

lepas klik kuar macam gambar kat bawah. Biarkan terus klik butang Next.

image

Pastu kuar gambar seperti dibawah. Masukkan user name dan password. Usernama dan password ni ada kat kertas putih yang installer aku bagi. Yang minah TM tuh tanya aku “ Ada apa-apa tak tulis kar kertas biru?” Aku blur tak tahu apa yang aku cari. Agaknya dia tahu aku blur pastu dia sendri yang provide user nama. Masa tengah salin password aku macam pasan no tu sama macam dalam kertas. Aku terus baca yang dalam kertas pastu tanya “ Sama tak? “ . Then, awek TM cakap “ sama, sebab tu saya suruh cari dalam kertas tadi” . Duhh..marah aku ke nih? Dah tanya soklan general macam tuh caner acik nak tahu kan? Cakaplah siang –siang.

Ok, yang blur macam aku, dekat kertas yang installer bagi atau tinggal. Cari service ID dekat High Speed Internet-Residential-5 Mbps. Kat situ ada pwd skali. Kat sebelah service id.

Untitled

Dah jumpa? Key in je macam gambar kat bawah.

Untitled

Klik butang Next.

image

Setup Complete. Pastu klik butang Connect. Kemudian, kena tunggu 30 second kot untuk dia save new setting. pastu tengok kat router ada lampu nyala tak kat Internet . pastu shiapp lah.

Haaa..next time kalau nak tukar nama wifi atau password Wifi bukan dekat Internet Wizard tapi Wireless wizard macam gamabr bawah ni.

 

Untitled

Tukarlah nama wifi sesuka hati anda. Tapi, pastikan 2 button di bawah tuh di klik sebelum korang klik butang Next.

  • Manually assign a network key
  • Use this options if you prefer to create our own key.

Untitled

Next, tukarlah pwd sesuka hati anda yer. Klik Butang Next lagi and then Setup Complete. Pastu bolelah surf sesuka hati korang. And rasalah menyesal sebab reset router padahal nak tukar nama wifi jer. Aku ler tuhh. hahahaha.

Owh, Giveaway masih berlangsung yer and tarikh aku still belum decide lagi. Ada cadangan?. Huhu.

3 comments: