Saturday, June 8, 2013

Nasi impitku hangit


Ahh..penat jejalan kat blog orang.Blog sendrik pun terabai. Malas nak menaip lak. Heee. Since anak dara aku dah tido maka bebas sket nak update belog.
Cuti 2 minggu ni tak tahulah nak buat apa. Kunun nak jadi bisneswoman online yang berjaya tapi terabai jugak. Kunun nak jadi penulis novel lomantik tapi satu pun ko belum mula. Apa nak jadiiii ngan ko ni nyahhh..
Haritu, semangat berkobar sket. Tekak rasa nak makan lontong pulak. Petang semalam dah suh abah beli bahan-bahannya. Hari ni tibalah masa nak buat lontong.


Nasi himpit aku kukus dulu. Tak sampai setengah jam gitu. Tetiba bau hangit. Sudahhhh..memang hangit nasi impitku. Aku ni satu jek peel kalau masuk dapor. Memang takkkk suka bebenor tunggu dalam dapo. Biasa lepas bukak api, letak bahan terus blah. Malas nak tunggu. Padahnya ni lah, goreng apapun hangit.
Pastu, buat kunah lontong pulak. Bahan tak banyak. Letak pucuk, kacang panjang ngan tauhu bulat. Okey, senang je. dah shiapppp. Nasi impit aku rebus 3 bijik tapi last2 tiga2 aku buang. Tinggal sepeket lagi, aku rebus baru. Sebab tak feel makan lontong dengan nasi kan? Makan dengan nasi impit baru feel.
Aku rebus sejam jugaklah. Pastu abah balik. Aku masuk dapur nak sediakan nasi impit untuk dia makan. Dah potong tengok nasi impit lembik lagi. Haihh..takkan sejam rebus pun tak masak lagi. Nak cover malu aku cakap kat abah.
“ Abah..nasi impit ni tak elok lah. Rebus dah sejam tapi macam tak masak je”..aku mulakan bicara. Eewahh..ayat ko macam karang novel gituw.
Masa ni abah belum tengok lagi nasi impit aku. Dia tengok sekilas aje pastu cakap nasi impit belum sejuk lagi kena biar sejuk. Aku pun ok! Lepak kat luar . Pastu,
“ Ibu masak macam mana nasik impit ni?”Aku diam aje. Dalam hati, salah ke aku masak. Buat2 tak dengar.
“Orang nak masak nasi impit kena cucuk buat lubang, ibu tak cucuk macam mana nak masakkkkk”.Abah dah membebel.
Aiyooooooo, patutlah. Dari kena bebel baik aku diammm aje. Sengih jelah kena marah dengan abah kan? Ngeee

No comments:

Post a Comment