Thursday, May 2, 2013

Action Speak Louder Than Words!

 

Well, aku bukanlah orang yang terlalu fanatik dengan politik-politik ni. Kalau orang dok sibuk pung pang pung pang pasal parti-parti tertentu aku lebih suka diam dan dengar aje. Dengar pun sebab dah satu meja kan? Agak rude pulak orang sembang tetiba aku nak blah an an?

 

IMG-20130430-WA0001

                                                                          Bukti yang saya mengundi tahun ni!

Baru-baru ni balik kampung, kakak ipar ngan abang ipar dok berborak pasal politik dan parti yang derang sokong. Terkekek-kekek gelak sambil mengutuk dan bercerita pasal wakil-wakil yang bertanding ni. Cerita nama datuk tu datuk ni, bersemangat sungguh! Baguihh semangat kakak dan abang ipar aku nih. Aku terpingga dan tersenyum aje sebab nama yang disebut aku tak kenal pun. Yes, I admit aku tak amik port sangat pasal politik ni. Politik kat opis pun selalu buat aku naik darah inikan politik negara. Demi menjaga kesihatan diri dan mental, aku amik sikap buat bodo jeeee..Sarcastic smile

Tapi….ada tapi nya! Tahun ni adalah kali pertama aku nak mengundi. Pelik juga kenapa tahun ni baru terbuka hati aku nak mengundi. Padahal, sebelum ni aku macam’’ lantaklah sapa yang menang pun, janji aku bahagia. That’s it!!’’.

Bila baca post-post yang berlambak org share kat Facebook, banyak kutuk sana kutuk sini, fitnah sana fitnah sini. Well, action speak louder than word! Tahun ni, aku undi parti yang aku NAMPAK ada buat sesuatu untuk rakyat. Bukan berharap pada manifesto sahaja!.

P/S : Opis aku siap buat BCP plan takut ada rusuhan musim mengundi ni. Segham pulak aku! And I realised, this is serious so I kena mengundi tahun ni. Err..ada kaitan ke? Owh, sebenarnya aku tak penah daftar SPR tapi tetiba nama dah ada jadi why not!!. Shhh..

No comments:

Post a Comment