Thursday, January 24, 2013

Lawat Orang Sakit di Hosp. Putrajaya

 

Hari ni cuti Maulidur Rasul 2013. To all frens, Selamat Menyambut Maulidur Rasul walaupun rasa macam kelewatan aje. Jangan marah aaa..

Pestime pi Hospital Putrajaya. Guna GPS tapi sesat jugakkkk. Apalah! Asik terlepas lorong nak masuk. Dahtu acaner??index

Pergi  Hospital Putrajaya sebab nak melawat kakak angkat abah yang kemalangan. Bunyi masa telefon tu macam teruk keadaan nya tapi bila datang takdelah seteruk yang di sangka. Alhamdullilah!

Nak amik pic tapi seganlah sebab kawan akak tuh pun ada sekali. Tapi, selesa jugak wad kecemasan dia. Dapat bilik utk 2 orang. Compare tu Hosp Selayang takde bilik. Open je macam wad kelas 3 tuh.

Sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi kot! Lepak jap kat cafeteria Hospital yang juga pada aku memang selesa. Ber aircond dan ada TV beso tengah tayang cerita Upin Ipin. Ainna aku suapkan nasi lembik. Nasib baik dia makan. Duk kat atas baby chair tuh sekejap aje. Lama-lama dia bosan pulak. Next time kalau nak bawak minah ni jejalan kena bawak mainan sekali agaknya. Aku notice dia tak tak tutup diam kalau takde barang at tangan dia. Kekadang terpaksa korbankan Notes aku bagi dia main.

702700_10151360303952290_2084091856_n

565338_10151360302807290_690865069_nada

Ainna @ 8 month/Adam @ 3 years.

Abang Adam yang sibuk nak interframe ! Pantanglah nampak aku snap pic adik dia. Nak jugak tumpang sekali. Smile

Lepas bekfes, pegi lobi . Rupanya dah ramai orang tengah tunggu nak masuk melawat. Waktu melawat 12.30 tgh – 2 ptg. Yang ni aku rasa standard time. Semua hospital pun sama. Tengah tunggu masa nak masuk tuh nampak signboard tulis kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk. Alahaiiii…Crying face, penat je orang siap-siap bangun pagi tadi. Kalau tahu sambung tido. Kah kah kah. Kebetulannya malam tadi tak cukup tido dok layankan anak dara ni. Takpe, bagi abah pi naik dulu. Aku jaga Adam dengan Ainna kat lobi. Seb baik ada sofa yang best kat lobi tuh. Tapi kena umpan Adam sket bagi dia duk diam. Kalau tak, jenuh nak kejar ke sini ke sana dengan berdukung Ainna lagi. Giler! Itupun, memula nak kencing pulak. Aku dah pening sebab kena pegang Ainna dengan diaper bag yang agak beso. Napalah abah dia tak bawak skali naik tadi. Last2, aku pujuk Adam tahan dulu. Tunggu Abah datang and then kena umpan beli mainan kat kiosk hospital tuh. *seb baiklah ibu ko baru dapat gaji..kalau tidak, makan maggi hujung-hujung bulan. Hahahaha

No comments:

Post a Comment