Saturday, January 19, 2013

Ainna demam+selesema+batuk=tak cukup tido!

 

Salam.

2 minggu lately tak cukup tido.Mata dah macam panda kot! Asal masuk dalam kereta aje aku tido. Itu aje masa yang sempat nak lelapkan mata. Huhu.

2 minggu ni Ainna selesema dan batuk. Tak berjangkit dengan sesapa.Mungkin sebab musim yang tak tentu nih. 2 hari sebelum Ainna demam pulak. Aku belum bawak ke klinik lagi. Masih bergantung pada ubat farmasi. Waktu ambil Ainna dari rumah BS , deman taklah teruk sangat tapi bila samapai rumah bukan tinggi lagi demamnya! Nasib baik kat rumah ada termometer.

Hari jumaat lepas, demam cecah 39 celcius! Aku panik semacam. Terus masukkan ubat bontot. Muka dengan leher nampak merah kepanasan. Ya Allah, anak aku. Masa itu dah hampir menangis tapi aku tabahkan hati juga. Peluk Ainna kuat-kuat. Doa banyak-banyak kat Allah swt semoga tak jadi apa-apa pada Ainna. Ambil kain lampin basahkan dengan Basic H.  Basic H ni membantu serap kepanasan dengan lebih cepat. Tindakan nya lebih cepat dari kita gunakan air paip aje. Insya Allah. 2-3 jam lepas tu panas dah kurang tapi masih paras orang demam jugak lah.! bas

Kul 4 pagi kot, demam Ainna naik lagi. Aku tak berani nak masukkan ubat bontot sebab 3-4 jam lepas dah masukkan . Bagi ubat demam cecair aje ikut sukatan. Dalam 6 pagi demam dah kurang balik. Aku dan abah Ainna decide nak bawak pegi klinik aje. Aku terpaksa amik EL .

Pergi klinik kerajaan Batu 9 Cheras. Alhamdullilah, tak lah tunggu lama sangat. Doctor cuma bagi PCM SYRUP tu tapi dengan sukatan yang lebih tinggi. Lepas bagi ubat kat Ainna aku tidokan dia dengan aku sekali tido. Adalah 4-5 jam gak aku tido. Gilerr! Revenge tido dowh! Puas hati aku dapat tido puas-puas! Angry smile

Sekarang, demam dah takde .Tinggal selesema dan batuk ajelah. Selesema ni memang liat nak baik. Hmmm..

729736_10151349579317290_1687865559_o

Adam tolong jaga Ainna sementara ibu syok layan tido. Boleh? Smile with tongue out

1 comment: