Sunday, December 9, 2012

Hal anak-anak

 

Salam.

20121019_182324

Ainna Najihah sekarang dah pandai gelak-gelak . Baby girl saya ni biasanya muka masam aje. Susah sangat nak senyum. Mintak mintak janganlah ikut gen ibu yang bermuka masam ni. Uhuk Uhuk! Kalau aku geletek ada lah dia tergelak-gelak sikit. Ada sekali tuh aku tengah layan Ainna depan tv. Tetiba je aku tersedu-sedu. Pastu boleh dia mengelakkan aku dengan sakannya. Terkekek-kekek minah nih. Aku pun teruslah buat-buat tersedu padahal dah hilang dah sedu tuh. Hari lain aku sengaja buat sedu taknak pulak dia gelak.

Tukar strategi lak! Aku main cak –cak ngan Ainna tapi setakat muka menyengih aje laa. Suara gelak langsung tak kuar. Muka dia macam berkata “ Ibu, I want more..I want more!”. Hahaha. Penatlah ibu nak buat lawak nak oii..

Umur 6 bulan aku dah mula ajar makan tapi memula tuh memang giveup jugaklah. Susah sangat nak bukak mulut. Tak shedap ke Ainna? Huhu. Lepas seminggu hantar rumah babysitter tetiba anak aku dah makan bersuap pulak. Happylah aku ni. Baru semangat aku nak suap Ainna makan. Suakan sudu sikit menganga dia. Memang conok tengok anak makan kan? :)

Weekend ni Ainna tido sekejap-sekejap aje. 15 minit tido pastu bangun. Makan, main ngantuk .15 minit pastu bangun balik. Stress aku. Tak sempatlah ibu nak berehat. Nak masak pun rushing. Main campak aje. Masin pun masinlah ..hahaha!

IMG_20121019_182229

Adam Nuqman si abang lak bukan main lasak sekarang. Pening jugak aku kalau anak bijak sangat nih. Paling tak tahan suka membebel dan memerintah. Kalau aku tak layan pandai pulak cari Abah dia. Haiyoo..sia-sia aje kan?. Pastu kalau main ngan adik sikit punya kasar! Yelah dia budak lelaki memang kasarlah tapi risau dia buat adik dia je..

Budak ni susah nak tido malam woo. Ada sekali tuh, lebih kurang jam 3 pagi kot tetiba aku terjaga nampak dia tengah kacau adik dia tido. Adehlahhh..adik dia dahlah susah nak tido balik. Aku pun sama arr. Susah nak lelap kalau dah terjaga. Maknanya 2-3 hari ni memang mata aku rabak arr pi keje kan?

Disember kan selalu hujan. Adam Nuqman ni tak boleh kena sejuk. Cepatlah die kena selesama. Yelah, salah aku jugak cepat sangat bagi susu tepung. Sudahnya Adam ni lemah sangat antibodi dia. Bayangkan kalau satu hari tu dia makan 2 batang je ais krim lepas tuh seminggu dia akan kena selesema. Adoii..

Itulah citer anak-anak. Adalagi yang nak share tapi macam malas pulak nak taip. Nanti sambung arr.

No comments:

Post a Comment