Saturday, December 1, 2012

Dunia sudah tidak selamat.

 

Ermm..sakarang heboh di share di wall-wall facebook tentang LEPTOSPIRASIS ataupun penyakit kencing tikus.

Ini saya copy paste dari Facebook.

1040_393912120682965_1136895942_n

Siapa sangka percutian yang dirancang berakhir dengan kehilangan anak yang tersayang. Kalau aku di tempat ibu tersebut, tak dapat dibayangkan perasaan yang terpaksa tanggung. Marah, terkilan, sedih semua bercampur baur mungkin. Akhirnya hanya redha saja yang dapat mengurangkan serba sedikit kesakitan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aminnn..

Citer pasal Water World nih. Mana ada budak-budak tak suka main air kan? Ada anak perempuan kawan aku, sampai berjam-jam main air dalam kolam renang. Adam pun main tapi masih boleh dikawal lagi. Setakat ini Adam cuma 2 kali aje mandi di Water World ni iaitu di Kolam Air Panas Sg Klah. Kat sana ada juga tempat mandi yang sejuk.

Kalau kita pergi tempat-tempat macam ni kan ramai bebudak berkumpul mandi dalam satu tempat. Mana yang kencing dalam seluar lah, yang tercirit lah..

Mungkin pilihan yang lebih selamat jika mandi di kawasan air semulajadi seperti air terjun ataupun laut. Tapi masih ada risiko-risiko yang perlu di ambil kira seperti kebersihan kawasan dan keselamatan.

Bahaya tetap ada dimana-mana sekarang. Even dirumah juga bukanlah tempat paling selamat. Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa kepadaNya semoga dijauhkan segala mala petaka dari keluarga kita. Aminnnn

1 comment: