Sunday, December 9, 2012

Donut Homemade Super big

Salam pagi Ahad.
Semalam laki ai terlampau rajin agaknya!tetiba kata nak buat donut. Mungkin dia teringat resepi donut Kak Yah@Mak Ude bagi tempoh hari.
Aku sibuk ngan Ainna maka projek uli menguli aku tak turun padang. After tidokan Ainna baru aku join.
Aku tinggal nak bentukkan donut itu aje. Memula tak cantik sebab dapur kami tak cukup alatan. Buat lubang pakai jari mana cantik beb!! Permukaan donut macam tanah tak rata.
Percubaan kedua aku buat. Guna bekas kecik yang selalu dapat bila beli ubat kat farmasi tuh. Tekan2 sket pastu buat lubang baru cantik donut kiteorang.
Pagi ni baru goreng. Semalam laki aku guna 1 paket tepung gandum. Bila dah uli tu dapat banyaklah donut. Nak makan 3 beranak ajew. Fuhhh...
Komen aku: kelembutan ada tapi rasa ubat serbuk tuh agak kuat. And then..donut kami memang SuperBig lahh..hahahaha. Justeru itu kami buat kesimpulan donut kami jadi superbig sebab serbuk mauripan yang super terlebih. Upsss betullah..huhu

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment: