Tuesday, November 13, 2012

Team Building@Suria Cherating Resort

Assalam. Ini adalah entri tertunggak ya! ^^.

Sebenarnya dah sebulan lebih aku pergi Cherating. Cuma malas aje nak taip entry. Sigh! Ini pun kena recall semula kejadian yang berlaku pada 6—7 October 2012. Planning dengan kengkawan nak konvoi pada Sabtu pagi tetapi tak jadi. Jumaat malam terus bertolak ke Kuantan. Tapi, memang dugaan betul. Dengan Ainna yang macam nak mula demam. Sebelum bertolak, singgah Klinik Panel Seri Indah! Bagi makan ubat, Alhamdullilah besok pagi dah sihat.

Malam tuh tumpang tidor rumah Maksu. Lebih kurang 1 pagi kot baru sampai. Shian Maksu kena tunggu kiteorang. Pagi Sabtu, dalam kul 9 pagi baru bertolak pulak cari Suria Cherating. Dalam kol 11.30 kot sampai. Calling2 dengan Hanif, then jalan samalah ke Suria Cherating. Masa sampai dah ada orang yang sampai dulu. Nasib baik derang bagi kunci pada yang ada anak-anak . Sementara tunggu game bermula petang tuh, kiteorang rest dalam bilik . Bilik dia adalah sangat cantik occay!

20121006_144015

Katil bertiang yang cantik giler! Aku tido ngan Ainna aje kat atas katil tuh. Memang selesa. Abah dengan Adam tido di bahagian ruang tamu. Ada TV ngan peti ais mini.

20121006_143949

20121006_144002

20121006_144022

20121006_144031

Overall, memang puas hati! Cuma yang kureng sikit, malam tuh kami bergelap sebab lampu siling rosak. Dah panggil technician pun rosak balik. Gambar masa Team Builing takde sebab aku mendukung Ainna. Oh ya, masa kat sini Adam asyik meragam aje. Pening aku! Nak makan pun susah. Shian aku tengok abah dia tahan perut lapar melayan si Adam. Memang mencabar btul bawak kanak-kanak berjalan ni. Pagi Ahad tuh pun aku hampir ajak abah dia balik KL without breakfast! Nasib baik Ainna tak buat peel. Tido pun senang aje minah tuh.

Tahun depan, dengar citer nak buat kat Tioman pulak! Ermm..nak bwk anak ke takkkkkkk? Huhu

2 comments: