Friday, November 2, 2012

Solat Sunat Dhuha

 

images

Solat Sunat Dhuha merupakan amalan sunat yang digalakan kita amalkannya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.

Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. Jangan target tinggi tau, buat yang 2 rakaat tapi istiqamah, sebab itu yang lebih baik. Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah dari yang dahsyat tapi kadang kadang n jarang jarang.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..
3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha

Sumber : Permai 1.tripod.com, Nursyirah.wordpress.com, Mohamadazhan.com

1 comment:

  1. insyaAllah..sama2 kita amalkn..mmg besar betul fadhilatnyakn :) jmputla follow kmbali :)

    ReplyDelete