Sunday, November 11, 2012

Sejak seminggu lepas!

 

Sudah seminggu lebih arwah Papa pergi meninggalkan kami sekeluarga. Sekali sekala rasa rindu pada papa . Sejak Papa takde, kami anak beranak tidur rumah Mama aje. Adam dan Ainna dijaga oleh Mama sementara aku dan suami pergi berkerja. Terpaksa keluar awal dari biasa untuk elakkan traffic jammed tapi tak kisahlah kan…(^^).

Dua tiga hari ni Ainna susah nak tidur malam. Kalau tidur pun setengah jam aje! Semalam pukul 2 pagi baru nak tido.Kalau masuk dalam buaian punyalah dia mengamuk. Haih!! Aku sampai terpikir nak jumpa ustaz sebab dah 3 malam Ainna macam ni! Lama-lama aku pikir maybe memang dia taknak tido. Bila dipaksa tidu bolehlah setengah jam aje. Kena tunggu dia betul-betul nak tido barulah rasa lama sket.

Nasib baik aku ada amik supplement Shaklee as back up!! Kalau tak, dengan ko tak tido malam, dengan besok nak bangun awal pergi kerja mesti badan rasa tak cukup rehat dan akan jadi stresss!! Tapi, supplement Shaklee dan membantu mengawal semua itu. Tak rugi amik supplement ni! Kalau kamu nak order boleh contact aku ya!! Aku pun pengedar juga Hiks!!

Oklah till then, takde apa pulak nak stori. Bye

No comments:

Post a Comment