Tuesday, November 20, 2012

Rutin Hari Ini Sahaja

 

Lama tak update. Heh!

Apa ntah aku dok buat sampai susah sangat nak update.

Kat rumah,pagi-pagi bangun mandi, solat subuh, siap-siap kan diri sendiri, tunggu laki lak siap, kol 7 pagi  baru kuar rumah. Hantar anak-anak rumah babysister. Kul 8.00 pagi sampai opis encik suami hantar sebelum beliau pula ke tempat kerja.

Di opis, switch on CPU sampai 2-3 kali sebab kalau tekan punat ON sekali macam tiada apa yang berlaku. Jadi kena tekan banyak kali. Huh! Dah on PC, bukak email Outlook, check ada ke kerja yang perlu perhatian lebih ataupun investigation. Kul 8.30 pagi tunggu geng kol ajak bekfes. Pagi ni geng lambat! seb baik aku tak lapo sangat kalau idak menyinga kang! Hahaha.

Bekfes makan nasi lemak+paru kena RM4.00.Dalam purse ada RM3.00 jew. Ingat nak hutang acik tapi pinjam duit Fara dulu RM1.00. Pastuh, Cheyah sampai bagi duit order Herblax Shaklee. Sibuk nak kempiskan perut. Aku suh pakai korset Premium Beautiful supaya nampak lebih umphh! Hehe.

Kul 9.15 berjalan masuk opis. Mula sambung kerja. Daily Huddles jap kol 9.30 pagi. Perghh..CUR aku melambung! Seb baik Boss Anep tak marah. Phewww. Aku agak CUR mencanak-canak sebab Withdrawal Request aku terlebih laju. Biasalah I kan otai. Haha! Problem CEMS Syam Assan akhirnya settled arini. Memang sakit jantung aku nak menyetelkan. Error Abg Sham yang 2 hari lepas makin headwire. Aku dah angkat bendera putih takleh nak tolong sebab dah serabut sangat. Pass kes pada Boss Anep suh dia settlekan. Biasalah, mulut bising tuh hadap ajelah. Sian lak tengok Abg Sham. Aku supportlah sket2 kannn…

Sambung kerja lagi. Alhamdullilah. Tak banyak kes sangat! tapi lambat siap dari target aku. Kol 12 thari tak siap checking lagi. Takpeee…rileksss.

Kol 2.00 ptg baru kuar lunch. Makan kat kedai mamak tuh. Abg Sham suka sangat mee goreng mamak. Hari-hari order menu yang sama. Tak muak ke dia. Tengok si Wan order roti nan pun hari-hari. Au pun makan lauk kedai sama hari-hari. Adehh..Jemu kot. Nak beli McD tak boleh pulak. Tengah boikot.

Kol 3 ptg, masuk opis sambung kerja. Ada satu kes lagi masuk. Cheque Insurans hilang!!! Demm..pening si Boss Anep ngan Abg Sham cari. Aku?? bagilah depa settle dulu. Pagi besok baru aku tengok. Hujung-hujung ni aku dah kelam kabut ingat nak balik rumah ajew.

Tepat 6 ptg, berambusss. Laki amik. Dia tak sehat pulak. Selesema ngan demam sket. Aku rasa badan sejuk jew. Suh dia amik MC besok. Tengoklah kalau dia nak.

Amik anak rumah babysitter.Kak Dayang citer Ainna susah nak tido. Sampai tak mandi dia dok layan Ainna. Hehe. Iye, saya tahu Ainna memang begitu peel nya. On de way balik rumah, kena singgah beli Chicken Wing tuh. Adam panggil “ayam kepak”. Hari-hari mesti Adam nak. Susah nak elak sebab gerai dia tepi jalan so memang kena lalu depan gerai dia kalau nak balik rumah. Boring tul!!

Kol 7.30 gitu baruuuuuu sampai rumah. Pam susu sat. T***k dah bengkak! Pastu mandi dan solat. Layan Ainna sambil tunggu makan malam siap. Abah masak ayam goreng kunyit je arini. Tak sihat pun still masak makan malam. Sweet tak laki I ..

Layan wasap ngan member-member kat Group. Cubaan nak tidokan Ainna tapi gagal. Main dengan dia jap pastu tengok dah tergaru-garu mata pap letak dalam buaian. Settled! Pastu Adam dan Hawa lahh…Hahaha. Geram sangat tengok Ain. Tak sedar diri kan?

Kol 1030 mlm, Adam & Hawa habis. Setelah melantak 4 keping roti berinti planta dan gula. Aku amik Shaklee Lechitin. Takut gemuk. Siang tadi baru je member tegur cakap aku dah kurus. Hehe. Kembang kempis ler. Tapiii, awat laki aku tak penah tegur errk. Takkan dia tak pasan kottttt. Ermm..aku nak tanya rasa malu lak aii.

Golek-golek atas katil takleh nak tido sebab teringat blog dah lama tak berupdate! So, angutlah laptop ke atas katil. Cari mouse, mouse lak takde. Uwaa…mesti Abah tertinggal kat kampung nih. Nak tanya beliau dah tido pulok. Pakai touchpad lah jawabnya. Bukak Facebook dulu. Banyak orang post pasal Gaza. Aku pun ada share kat timeline aku. Tengok satu video perang kat sana. Israel nih memang lahanat kan? Itu yang aku takleh nak tengok sangat takut emosi terlebih. Video tuh pun tengok separuh aje .

Pas dah boring, baru update blog.Patutlah aku susah nak update belog. Lain yang aku plan, lain yang aku buat. Hahahahahaha.

And now, siap satu entry…eh! panjang lak tuh. Sudi-sudilah baca yer.

No comments:

Post a Comment