Tuesday, November 13, 2012

Ber BBQ di rumah Mama!

 

Ahad lepas aku masih berkampung di rumah Mama. Planning asal nak balik umah sendri tapi memikirkan minggu depan ada 2 hari cuti iaitu Cuti Deepavali dan Awal Muharam maka plan ditangguhkan lagi.

Malam tuh maksu ngan ayahsu anak beranak pakat datang umah Mama buat BBQ. Masa tuh aku dah dalam bilik ngan Ainna layan blues. Haip! bukan citer blue errkk! Layan perasaan . Hahahaha. Best sangat sebab semua ada. Nenek ada, Angah ngan husband dia pon ada, Maksu Da dengan somi dan anak dia pun ada. Sekali sekala layan BBQ depan umah dengan cuaca sejuk hujan rinyik-rintik syok erkkk!!

Ramai-ramai berkumpul sempat jugaklah plan ngan Maksu Da nak buat family trip pulak. Bole bawak Mama sekali. Dah lama dia tak berjalan sebab jaga arwah Papa. Plan jangka panjang nak pergi Tioman bulan Jun tahun depan. Plan jangka pendek pula ke PD or Bagan Lalang. Kita buat BBQ lagi. Besh!! Wahh!! nak kena simpan duit ler..

20121111_224544

20121111_224529

20121111_224510

IMG_20121111_220154

20121111_224443

No comments:

Post a Comment