Tuesday, October 30, 2012

Nak mula balik bawak kereta.

 

Salam.

Aku ada lesen memandu tapi dekat 2 tahun dah tak pegang stereng. :( Masa bujang dulu aku ada sebijik perodua kancil manual macam di bawah ni. (Image goggled)

sisi-2 - Copy

Tapi, semenjak ada laki ni aku langsung tak pernah drive. Kancil tuh pun dah bagi kat adik perempuan sambung bayar aje. Jadinya sampailah beranak dua ni aku dah terkial-kial nak pegang stereng balik. Lesen pun dah lama mati. Sekarang baru nak mula drive balik. Kalau drive kancil sap sap soi aje sebab aku dah biasa dengan saiz dia! Ini nak drive kete beso macam ni!!

20100806_023421_GLivinaPKi

Aduh!! menggigil-gigil bawak! Itu ada laki kat sebelah tolong guide! Ini kang aku drive sorang takut langgar divider kang! Uwaaa..Pagi tadi sempat bawak dengan laki kat sebelah. Part nak parking dengan masuk simpang/masuk lane masih failed lagi. Aku tak pandai nak budget sebab pada aku saiz dia besar.Lagi satu kete ni auto. Aku  tahu bawak auto senang tapi aku dah biasa dengan manual. Uwaaaa!!

Tapi macam mana pun, aku kena jugak belajar bawak kete nih! Nanti senang kalau nak pergi mana-mana tanpa laki kan? Aduhh..setaip kali pikir jantung rasa nak meletop lak! Belum bawak lagi nih. Uwaaa..

2 comments:

  1. Sama laa kita..haha..saya pun takut gak nak bawak kereta besorr..tambah2 kereta abah saya tu kereta exora..dah berapa kali failed lau bab parking ni,banyak dah bagi "hadiah kecalaran" dekat kereta abah..haha..ni pun dah lama tak bawak kereta..

    ReplyDelete