Saturday, July 7, 2012

Work and Pump Mommy

Dah 2 minggu masuk keje. Alhamdullilah, berjalan lancar.  BS kata Ainna tak meragam which is baguslah sebab aku risau BS tak cope nak jaga Ainna. Sebelum masuk keje memang Ainna susah nak tidur. Penat aku membuai dia jadi aku risaulah kalau BS pun susah nak tidokan dia.

Minggu pertama aku bekalkan BS 4oz susu x 4 liner, maknanya sehari dari pukul 7am smpi 7 pm ( 12 jam) Ainna perlukan 16 oz. Biasanya aku bekalkan extra 4 oz takut2 aku sampai lambat untuk amik anak-anak. Waktu pump di opis pun tak brape konsisten lagi.

Minggu pertama masih nak adapt dengan keje dan masa dia opis. Jadi kadang-kadang tak cukup susu utk Ainna terpaksa tambah dengan EBM yang aku buat untuk bulan pose nanti. Huhu

Masuk minggu ke dua juga begitu, masih tak sempat nak bekalkan susu 16 oz . Hari-hari kena topup dengan stok EBM. Risau sungguh EBM tuh habis sebelum masuk bulan ramadhan. Ermm..

Minggu kedua nih Ainna dah mula setat kuat minum susu. Aku kena bekalkan Ainna 20 oz sehari! Sedangkan masa pumping di opis tak boleh nak dapat banyak tuh. Risau lagi..Haih!!

Sekarang cuba konsisten dengan sesi pumping 3 kali sehari. Kadang-kadang memang miss satu sessi dan malamnya kenalah buat power pumping pulak untuk cover sessi yang terlepas.

No comments:

Post a Comment