Saturday, July 14, 2012

Fussy Eater Adam Nuqman

20120419_190637

Gambar ni kononnya percubaan nak jadikan Adam model cum duta TeratakVitamin aku. Tapi, semua gambar tak semenggah langsung. Terus kansel! Mana taknya, Adam sibuk nak tengok kartun ibu sibuk lak nak suh jadi model. Haha

Sebenarnya bukan nak citer pasal gambar tuh tapi nak citer pasal Adam dengan produk yang kat tangan dia tuh. Produk yang dia pegang tuh adalah Shaklee Mealshake. Aku beli sebab Adam nih memang susah nak makan. Yang dia suka makan adalah makanan berkuah macam sup-sup,pastu mee sebab berkuah, maggi , pulut kuning dan yang paling suka of kos jajan!

Lauk pulak suka yang pedas-pedas. Kalau aku buat ayam masak sambal memang feveret Adam lah. Kalau makan maggi sanggup dia hirup kuah aje, mee nya tak makan pun .Haihh..

Yang tak suka makan lak, of kos..sayur-sayuran. Sampai sekarang ni rasanya satu jenis sayur pun tak penah masuk tekak si Adam ni. Masa kecik dulu lainlah, apa yang aku sumbat dia telankan. Dah besar ni memilih betul. Kadang-kadang satu hari budak nih tak nak makan. Bantai susu Dutch Lady aje berbotol-botol.

And then ,aku decide nak cuba mealshake ni untuk Adam. Bancuh satu sudu sekali dengan susu dia. Minum sekali sehari aje. Dalam masa 2 hari dah nampak perubahan. Makan nasik berpinggan-pinggan. Aku lak rasa takut dia muntah sebab terlalu kenyang.

Alhamdullilah, budak nih tak bergantung sangat dengan susu dah. Ada niat di hati nak berhentikan susunya tapi tak tahu lagi bila….ermmm

2 comments: