Monday, June 4, 2012

Akhirnya tidur jugakkk..

Ainna Najihah dah sebulan 1 minggu 2 hari. Sejak bayi lagi Ainna memang jenis bayi yang susah tidur. Kalau nak tidur kena berdukung. Sampai kita give up , dan at last bagi jugak dia tidur dalam buaian.

Malam semalam, kita asyik angkat bangun Ainna dari buaian. Dah menetek 3-4 kali tak nak juga dia terlena. Masuk buaian keluar buaian entah berapa kali tak nak jugak dia tidur. Kalau tidur pun sekejap aje. Dalam setengah jam, dia akan merengek semula. Haihh, sampai jam 3 pagi begitulah keadaan nya. Kita sampai rasa nak cubit dia sebab dah terlalu penat layankan Ainna. Tapi, tahan marah dalam hati ajelah. Huhu!!

Biasanya kan kalau kita rasa stress sangat ngan baby, kita cuba bayangkan mommy-mommy kat luar sana pun mungkin nasib sama macam kita. Malah ada yang lagi teruk dari kita kan?? Bila pikirkan itu , kita rasa lebih sabar. :)

Satu lagi mungkin sebab kita ada amik Shaklee B-complex yang merupakan vitamin penenang. Jadi, kita susah nak rasa stress lagi pun bila amik supplement ni badan pun tak penat macam dulu. Even, kita cuma tidur 2-3 jam aje tiap malam badan masih bertenaga cuma mata memang akan rasa macam kopak!! Hahaha. Kena amik short nap dlm 15 minit baru okay. Kalau t erlebih lak, kepala akan rasa sakit. Kita pun dah jadi dealer Shaklee ni. Kalau nak order bole contact kita kat sini == www.teratakvitamin.com == yer?? Kita bagi member price aje. Tak amik untung punnn…:)

So, sambung citer semalam. Masa tuh dah dekat pukul 3 pagi. Kita dah mula hilang sabar sebab Ainna asyik merengek. Kita tahu dia mengantuk nak tidur tapi tidur dia sekejap-sekejap. Pastuh , Ainna menggeliat sebelum dia menangis. Kenapa errk baby menggeliat? Takkan nak strechkan badan kot?? Cam orang tua lak kan? Haha

Eh, melalut lagi? Okay, bila tahap kesabaran kita mula nak hilang , kita pun amik kain bedung ngan tali. Kita bedung dia and then ikat kan dengan tali supaya tangan dia tak terkeluar. Abah Ainna tak bagi ikat mulanya. Dia kata tangan sakit.  Kita bukan ikat ketat2, ikat sekadar tak nak bagi tangan dia tak terlepas. Takde bekas pun.

20120604_083505

Haaa,,,amik!! lepas bedung letak dalam buaian. Terus lena kooo!!..Mak happy sangat. Besoknya pukul 9 pagi baru bangun. Malam nih kena bedung lagilah Ainna nampaknya……

No comments:

Post a Comment